KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu sentiasa waspada dengan sebarang kesan sampingan vaksin COVID-19 yang sekali gus boleh menjejaskan pelan imunisasi yang sudah dirancang.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, ia termasuk usaha mendapatkan seramai mungkin penerima vaksin seperti yang dijadualkan sebelum ini.
Jelasnya, program vaksinasi perlu dijalankan secepat mungkin agar pengawalan pandemik dapat dilakukan dalam tempoh singkat.
"Satu yang kita minta, dapatkan maklumat sahih daripada badan berkaliber dan betul, kerana kita mempunyai pengalaman dari vaksin yang ada kesan sampingan.
"Kesan sampingan sememangnya akan berlaku pada mana-mana perkara. Jadi, kita jangan risau. Yakin bahawa memang ada kesan sampingan dan kerajaan sudah sedia untuk apa juga jenis kesan sampingan.
"Kita jangan ragu-ragu. Ini (vaksinasi) sesuatu yang perlu. Lebih baik kita mendapat vaksin awal daripada mendapat COVID-19. Jangan risau, jangan takut. Yakinlah kepada pihak berkuasa," katanya kepada Astro AWANI hari ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Ketibaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech
BACA: Vaksin tiba, buka lembaran baharu Malaysia perangi COVID-19 dalam fasa seterusnya
Terdahulu pagi ini, pesawat khas MH604 yang membawa kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Penerbangan yang menggunakan pesawat Airbus 330-300 itu tiba dari Singapura, membawa 312,390 dos vaksin COVID-19.
BACA: Bangunkan pangkalan data pantau kesan sampingan vaksin COVID-19 - Dr Zainal Ariffin
BACA: Kaji kesan sampingan vaksin Pfizer selepas digunakan di UK
Perjalanan vaksin itu dari kilang Pfizer di Belgium diuruskan syarikat farmaseutikal itu dan DHL.
Vaksin itu berlepas dari Puurs, Belgium dan transit di lapangan terbang Leipzig Halle, Jerman, sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara-negara Asia Pasifik lain.
BACA: Pendaftaran sebagai penerima vaksin bagi orang ramai bermula Mac - Khairy
VIDEO: Vaksin COVID-19: Orang ramai sedia dapatkan vaksin secara sukarela
Astro Awani
Sun Feb 21 2021

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan kotak mengandungi vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech sejurus ia tiba di Advanced Cargo Centre, KLIA hari ini. --fotoBERNAMA

Piala Juara-Juara STL: 74 pemain, pegawai bebas COVID-19
Kesemua 74 pemain, pegawai pasukan dan pengadil yang menyertai Kejohanan Piala STL disahkan bebas daripada COVID-19.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [01 March 2020] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [01 March 2020]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892951/40992816701614558687189_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [01 March 2020]

Sesi persekolahan bagi murid prasekolah, Tahun 1 dan 2 hari ini
Kementerian Pendidikan membenarkan mereka memakai pakaian biasa ke sekolah dan kebenaran tersebut diberikan sehingga 26 Mac ini.

Vaksin COVID-19: Kumpulan minoriti di UK catat peratusan rendah
Pengarah klinikal Dr Naheed Khan-Lodhi memaklumkan, kawasan pedalaman London mencatat setakat ini, vaksinasi dalam kalangan orang kulit hitam hanya 36 peratus.

AWANI Ringkas: PBB - 18 mati ditembak di Myanmar

Akta 446 | Kerajaan akan bantu majikan dapatkan perakuan
Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia sentiasa bersedia untuk membantu majikan-majikan yang masih belum menerima perakuan berkaitan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 atau Akta 446. Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Awang Hashim, pihaknya juga terbuka untuk sebarang sesi libat urus melibatkan kumpulan majikan atau kontraktor bagi mengetahui masalah yang dihadapi mereka khususnya melibatkan kewangan tatkala berdepan dengan pandemik COVID-19.

COVID-19 | Kes positif seluruh dunia cecah 113.98 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 113.98 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Vaksin COVID-19 | Kumpulan minoriti di UK catat peratusan rendah
Petugas kesihatan di United Kingdom bimbang program vaksinasi dalam kalangan kumpulan etnik berlainan di negara itu tidak seimbang. Dr Naheed Khan-Lodhi memaklumkan, di kawasan pedalaman London menjelaskan, setakat ini vaksinasi dalam kalangan orang kulit hitam hanya 36 peratus.

COVID-19 | Angka korban global kini cecah 2.52 juta
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.52 juta kes. Berdasarkan Data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 513 ribu kes

AWANI Ringkas: PM sampaikan amanat setahun Malaysia Prihatin

Piala Juara-Juara STL: 74 pemain, pegawai bebas COVID-19
Kesemua 74 pemain, pegawai pasukan dan pengadil yang menyertai Kejohanan Piala STL disahkan bebas daripada COVID-19.

Sesi persekolahan bagi murid prasekolah, Tahun 1 dan 2 hari ini
Kementerian Pendidikan membenarkan mereka memakai pakaian biasa ke sekolah dan kebenaran tersebut diberikan sehingga 26 Mac ini.

Vaksin COVID-19: Kumpulan minoriti di UK catat peratusan rendah
Pengarah klinikal Dr Naheed Khan-Lodhi memaklumkan, kawasan pedalaman London mencatat setakat ini, vaksinasi dalam kalangan orang kulit hitam hanya 36 peratus.

Lebih 20 juta penduduk UK terima dos pertama vaksin COVID-19
Data berkenaan menunjukkan ia satu kejayaan besar kepada negara itu, terutama kepada usaha petugas barisan hadapan.

Ringgit berdepan tekanan jika hasil bon AS naik
Ringgit dijangka berdepan tekanan menyusut berbanding dolar Amerika minggu ini sekiranya hasil perbendaharaan Amerika terus mencatat peningkatan.

Data peribadi penerima vaksin tidak dikongsi dengan syarikat pengeluar - Khairy
Data yang mungkin akan dikongsikan dengan syarikat farmaseutikal terlibat hanyalah maklumat berkaitan kesan sampingan selepas imunisasi (AEFI) dilakukan.

COVID-19: Kes positif global lebih 113.98 juta, korban 2.52 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 113.65 juta kes.

Tiada calon SPM di Kedah disahkan positif COVID-19
JKN Kedah bersama Kementerian Pendidikan sentiasa melakukan pemantauan berhubung pematuhan Prosedur Operasi Standard.

Vaksin: Kerajaan perlu laksana strategi mobilisasi komuniti
Strategi itu secara tidak langsung dapat memberi fokus kepada golongan yang masih ragu-ragu dan yang benar-benar mahukan vaksin.

MOTAC harap pendekatan baharu kawal COVID-19
Nancy berkata, industri pelancongan adalah berkait rapat dengan pergerakan orang ramai dari satu lokasi ke lokasi lain.