awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Muda Perlis berkenan sertai kayuhan bersama alumni UiTM Perlis, komuniti bandar
Man Utd dominasi Man City, Michael Carrick mulakan tugas dengan kemenangan
Kedai motor pelumba terkemuka Cub Prix terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waspada tawaran haji murah, elak jadi mangsa penipuan - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
30/11/2025
14:00 MYT
Waspada tawaran haji murah, elak jadi mangsa penipuan - Mohd Na'im
Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata terdapat kecenderungan orang ramai mudah terpengaruh dengan tawaran harga rendah, termasuk pakej serendah RM15,000 hingga RM20,000 ditawarkan syarikat tertentu. - Foto BERNAMA
SEPANG: Bakal jemaah haji diingatkan supaya tidak terpedaya dengan tawaran pakej haji dengan harga murah dan tidak munasabah oleh pengendali atau pengelola haji tidak berlesen serta tidak berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji (TH).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata terdapat kecenderungan orang ramai mudah terpengaruh dengan tawaran harga rendah, termasuk pakej serendah RM15,000 hingga RM20,000 ditawarkan syarikat tertentu.
"Lazimnya, dia (syarikat tidak berlesen) punya tawaran itu memang tidak munasabah. Bila tengok dan bandingkan, mereka akan mudah terpengaruh kerana (kos) murah untuk tunai haji.
"(Harga) RM20,000 atau RM15,000 dikenakan dan hujungnya (duit) lesap...biasanya jumlah yang ditawarkan tidak masuk akal dan kebanyakan yang tertipu dengan harga rendah tersebut akhirnya terkandas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutup Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Pengelola Jemaah Haji (PJH) Musim Haji 1447H/ 2026M di sini hari ini.
Mohd Na'im berkata aktiviti penipuan kebiasannya berlaku membabitkan pengiklanan menerusi visa Mujamalah atau visa Furada yang di luar pengetahuan TH.
"Jadi, saya mengambil kesempatan untuk memberikan amaran dan teguran kepada syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab ini supaya tidak memanipulasi dan menyalahgunakan syarikat mereka untuk melakukan penipuan," katanya.
Beliau berkata kerajaan Arab Saudi juga dijangka lebih tegas pada musim haji akan datang dan hanya individu dengan permit sahaja dibenarkan menunaikan rukun Islam kelima itu.
"Rakyat Malaysia ini memang terkenal dengan disiplin mereka. Kerajaan Arab Saudi selalu sebut tentang rakyat kita ni yang sangat disiplin.
"Jadi kita kekalkan dan jangan sekali-kali kita langgar peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi hingga mencemar nama baik Malaysia, Arab Saudi dan mencemar nama baik TH, institusi haji yang memang terkenal dengan reputasinya," katanya.
Karnival tiga hari bermula Jumaat lepas itu menghimpunkan 34 syarikat PJH berlesen bagi Musim Haji 1447H/2026M sekali gus menjadi platform terbaik untuk bakal haji mendapatkan maklumat tepat dan membuat pilihan pakej haji daripada PJH berlesen mengikut piawaian TH dan peraturan Arab Saudi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tawaran haji murah
#penipuan
#Mohd Na'im Mokhtar
#Lembaga Tabung Haji TH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan