DAVOS: Delegasi Malaysia yang menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, harus membawa suara rantau ASEAN dan Asia Tenggara dalam era pemulihan pasca pandemik COVID-19.
Menurut Pengarah Strategik Kumpulan KRA Amir Fareed, dalam keadaan dunia sedang melalui fasa ‘The Great Reset’, Malaysia harus meletakan posisi negara di tempat yang betul supaya segala cabaran semasa dan akan datang dapat diselesaikan dengan jitu.
“Malaysia ekonomi yang terbuka dan negara yang bergantung kepada perdagangan dan apabila pandemik serta konflik berlaku di Eropah, iaitu perang di Ukraine, serta penutupan ekonomi di China susulan dasar sifar COVID-19, Malaysia berdepan kesan besar.
“Malaysia harus membawa bukan sahaja suara Malaysia dalam era pemulihan tetapi juga bagaimana Asia Tenggara dan ASEAN harus memastikan mereka berada dalam kedudukan strategik dalam bekalan ekonomi global.
“Kita harus pastikan wujud daya tahan dalam berdepan konflik seterusnya dan Malaysia harus melihat pola ekonomi global (di pentas WEF)," katanya
Tambah Amir selain menyampaikan idea dan penyelesaian, Malaysia juga harus mempelajari dari negara lain melalui platform WEF untuk menambahbaik dasar dan strategi ekonomi dalam era pemulihan kini.
“Contohnya gangguan dalam ekonomi digital. Malaysia harus belajar dari negara lain juga bagaimana mereka melaksanakan dasar mereka. Begitu juga soal masa hadapan pekerjaan, bagaimana perniagaan dari negara lain melaksanakan waktu bekerja fleksibel.
“Malayisa harus bersedia menerapkan beberapa perkara dan pelajari amalan terbaik supaya kita tidak ketinggalan,” katanya ketika di temu bual Astro AWANI di Davos.
Delegasi Malaysia antaranya melibatkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, serta ketua empat syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) iaitu Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad, Petronas, dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
WEF wadah mencari kepimpinan jelas
Amir berkata WEF menjadi platform dialog terpenting pada masa ini dalam mencari solusi kepada semua masalah yang membelenggu dunia ketika ini.
“Penting untuk kita bina keyakinan melalui dialog, inilah perkara yang sering ditekankan di WEF dan tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan melalui dialog.
“Tetapi dialog ini harus bersifat terbuka dengan mengambil semua pandangan daripada dalan kerajaan mahu pun luar kerajaan dan mencari penyelesaian bukan sahaja untuk jangka pendek sebaliknya pemulihan krisis ini memerlukan rancangan yang jitu dan rapi untuk jangka panjang,” katanya.
Amir menegaskan dunia kini amat memerlukan kepimpinan yang jelas untuk membawa semua negara keluar daripada krisis kesihatan, ekonomi dan semua krisis yang bakal menjelma dalam jangka masa pendek mahupun panjang.
WEF di Davos akan berlangsung sehingga 26 Mei dengan menghimpunkan pemimpin politik dunia, perniagaan, masyarakat sivil, ahli akademik, dan pakar ekonomi bagi membincangkan langkah seterusnya yang harus dilaksanakan untuk pemulihan negara.
Najib Aroff
Sun May 22 2022

Dalam keadaan dunia sedang melalui fasa The Great Reset, Malaysia harus meletakan posisi negara di tempat yang betul supaya segala cabaran semasa dan akan datang dapat diselesaikan dengan jitu. - AP

Tiada tangkapan, rampasan wang daripada 2 pegawai polis di pusat hiburan - Arjunaidi
Kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard untuk melihat kesalahan dari sudut tatatertib.

KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

Banjir Baling: 280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air
Gangguan di daerah Baling, Kuala Muda dan Kulim berlaku disebabkan kadar kekeruhan air mentah tinggi susulan insiden banjir.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Jumlah kelahiran bayi di Sarawak menurun 50 peratus - Timbalan Premier
Punca penurunan mungkin ekoran pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan tekanan kerja.

Maut dijerut kabel pengecas telefon: Mangsa samun selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang, kira-kira jam 8.50 malam.

N.Sembilan kuat kuasa undang-undang, ambil tindakan tegas terhadap pencemar sumber air
Ia bagi memastikan masyarakat mematuhi sepenuhnya prosedur kawalan air dan penguatkuasaan peraturan berkenaan.

ASEAN berpotensi jadi destinasi pelancongan berkualiti - Nancy
Pada masa hadapan, negara anggota ASEAN boleh memperkukuh kolaborasi dalam pemasaran dan mempromosi tawaran pelancongan di rantau itu.

Ini masa depan kerja menurut pakar semasa WEF 2022
Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 yang berlangsung di Davos, Switzerland berakhir dengan jayanya 28 Mei lalu.
![[KOLUMNIS] Hegemoni Barat menguasai Davos [KOLUMNIS] Hegemoni Barat menguasai Davos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631807512_TBWorldForum.jpg)
[KOLUMNIS] Hegemoni Barat menguasai Davos
Keperluan bagi Asia Tenggara untuk "bersuara" dan "menjaga kepentingan sendiri" kini menjadi suatu perkara yang lebih penting untuk disegerakan berbanding masa dulu.

WEF 2022: Mekanisme subsidi bersasar diumum tidak lama lagi - Tengku Zafrul
Kerajaan akan mengumumkan mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar dalam masa terdekat selepas menerima kelulusan Kabinet.

WEF 2022: Tampan impak inflasi, subsidi bersasar pendekatan terbaik
Malaysia tidak boleh laksanakan subsidi untuk semua golongan khususnya golongan kaya, kata Tengku Mohd Zafrul.

Perlu ada pelaburan ke atas fasiliti kesihatan mental ketika pandemik - Heidi Larson
Kerajaan sesebuah negara perlu membuat pelaburan ke atas fasiliti menangani masalah kesihatan mental ketika pandemik COVID-19.

WEF 2022: Malaysia harus bawa suara ASEAN, Asia Tenggara di Davos
Malaysia harus meletakan posisi negara di tempat yang betul supaya segala cabaran semasa dan akan datang dapat diselesaikan dengan jitu.

Forum Ekonomi Dunia ruang untuk Malaysia bekerjasama dengan masyarakat dunia
WEF merupakan platform terbaik untuk Malaysia menyampaikan suara kepimpinan negara dan juga rantau ASEAN dalam mengamalkan ekonomi yang terbuka, mampan dan memanfaatkan semua.

WEF 2022 Davos: 'Beri penekanan terhadap usaha pemulihan global'
Pandemik COVID-19 telah mencipta barah kepada pelbagai krisis yang memberi implikasi besar terhadap sistem sokongan global.

Bebas karbon: Negara kaya perlu main peranan - Bill Gates
Negara-negara kaya perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan penghasilan produk teknologi hijau di peringkat global.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.