awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WhatsApp akan gunakan teknologi penterjemahan sendiri

Amanz
Amanz
20/07/2024
07:20 MYT
WhatsApp akan gunakan teknologi penterjemahan sendiri
Tiada teknologi Google Translate akan digunakan, sebaliknya WhatsApp akan menggunakan teknologi penterjemahan tersendiri terus terbina di dalam WhatsApp. -Amanz
NAMPAKNYA ada perubahan kepada ciri penterjemahan oleh WhatsApp yang bakal ditawarkan.
Menurut WABetaInfo, tiada teknologi Google Translate akan digunakan, sebaliknya WhatsApp akan menggunakan teknologi penterjemahan tersendiri terus terbina di dalam WhatsApp.
Kemudian, pengguna kelak akan diminta untuk memuat turun pek bahasa agar semua proses penterjemahan boleh diproses dari dalam peranti.
Pengguna dilihat perlu memilih teks yang ingin diterjemah, turut ada pilihan untuk menterjemah semua teks secara automatik dan label “Diterjemah” atau “Translated” akan dipaparkan untuk pengetahuan pengguna yang ia bukan teks asal.
Enam bahasa akan ditawarkan iaitu Inggeris, Arab, Sepanyol, Portugal (Brazil), Rusia, dan Hindi.
Buat masa ini ciri ini masih tersembunyi dan sedang diuji dalam WhatsApp Beta untuk Android versi 2.24.15.12.
Tiada informasi bila ciri ini akan tiba ke semua orang dan adakah peranti Samsung akan menggunakan teknologi sama atau menggunakan Galaxy AI.
Sama-sama kita nantikan. -Amanz
Topic Berkaitan
#WhatsApp
#ciri penterjemahan
#teknologi terbina
#enam bahasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan