INTERNATIONAL
WhatsApp teruskan ujian guna nama sebagai alternatif nombor telefon

WhatsApp dilihat meneruskan ujian untuk penggunaan nama pengguna sebagai alternatif untuk nombor telefon. - Gambar/ Reuters
WHATSAPP merupakan salah satu medium komunikasi popular di Malaysia, dan ia sehingga kini menggunakan nombor telefon untuk tujuan pendaftaran. Namun, hal berkenaan mungkin berubah tidak lama lagi.
Melalui perkongsian WABetaInfo terbaharu, WhatsApp dilihat meneruskan ujian untuk penggunaan nama pengguna sebagai alternatif untuk nombor telefon.
Ini sekali gus membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan nama pengguna sahaja – lebih kurang seperti pada Telegram.
Amanz
Buat masa ini, ia masih pada peringkat ujian, dan tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan secara rasminya kepada umum. - Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami