awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza

Bernama
Bernama
18/04/2024
04:45 MYT
WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza
Menurut Kementerian Kesihatan, 12 hospital di Semenanjung Gaza beroperasi sebahagian iaitu enam di bahagian utara dan enam lagi di selatan. - Foto Reuters
RAMALLAH: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Ghebreyesus pada Rabu, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.
Tedros menyifatkan kemusnahan yang menimpa hospital-hospital di Gaza sebagai menyayat hati, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Beliau berkata dalam hantaran di platform X, yang sebelum ini Twitter, bahawa "kami bersama-sama rakan kongsi sedang menjalankan penilaian ke atas situasi di Hospital Al-Shifa dan Hospital Indonesia di utara Gaza," sambil menekankan proses pengeluaran mayat dari Hospital Al-Shifa sedang berjalan.
Tedros menegaskan bahawa pekerja kesihatan telah membersihkan jabatan kecemasan Hospital Al-Shifa dan mengeluarkan katil yang terbakar dan keselamatan bangunan yang tinggal memerlukan penilaian kejuruteraan yang komprehensif, sambil menyatakan bahawa Hospital Indonesia kosong dan kerja-kerja pembinaan semula diteruskan dalam usaha untuk memulihkannya.
Beliau menggesa bagi gencatan senjata segera, dengan mengatakan ubat utama yang diperlukan oleh penduduk di Gaza adalah keamanan.
Menurut Kementerian Kesihatan, 12 hospital di Semenanjung Gaza beroperasi sebahagian iaitu enam di bahagian utara dan enam lagi di selatan.
Pencerobohan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan 33,843 kematian dan 76,575 kecederaan sejak Oktober 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WHO
#Hospital Al-Shifa
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#Hospital Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan