KUALA LUMPUR: Inisiatif Program Wilayah Bebas Berniaga (WBB) untuk Lesen Sementara KL Prihatin yang tamat semalam akan diteruskan hingga 31 Dis ini dengan beberapa penambahbaikan diperkenalkan mulai bulan ini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata antara penambahbaikan termasuk bayaran fi lesen, penetapan waktu operasi perniagaan dan penyusunan atau pemindahan penjaja bagi mengatasi isu seperti halangan lalu lintas, kebersihan dan pembinaan struktur kekal.
Pihak Berkuasa Tempatan itu berkata setiap penjaja akan dikenakan bayaran fi pembaharuan lesen sebanyak RM20 sebulan dan caj perkhidmatan RM30 sebulan bertujuan menampung kos kerja pembersihan dan pengurusan.
"Waktu operasi perniagaan pula dihadkan dua sesi berbanding sepanjang hari sebelum ini bagi mengawal keadaan di tapak dan bagi memudahkan kerja pembersihan.
"Peniaga boleh memilih satu sesi sahaja tertakluk kesesuaian lokasi sama ada sesi satu yang bermula jam 7 pagi hingga 7 petang atau sesi dua bermula pukul 6 petang hingga 12 tengah malam," menurut DBKL dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut DBKL, pemegang Lesen Sementara KL Prihatin diberi tempoh mulai sekarang hingga 15 Julai ini untuk mengemukakan permohonan pembaharuan secara dalam talian melalui laman sesawang DBKL atau hadir ke Kaunter Lesen Berpusat Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan.
Semakan keputusan boleh dibuat melalui laman sesawang di https://elesen.dbkl.gov.my/ mulai 1 Ogos hingga 15 Ogos ini dan pemegang lesen dikehendaki menjelaskan bayaran fi lesen dan mencetak lesen sekiranya lulus.
Bagaimanapun, DBKL berkata pembaharuan lesen aktiviti perniagaan barangan basah tidak dibenarkan dan peniaga dikehendaki mengemukakan permohonan masuk ke pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam dan pasar DBKL atau menukar jenis jualan selewat-lewatnya 30 Sept depan.
Mengenai penyusunan dan pemindahan penjaja, DBKL memaklumkan penjaja di lokasi terlibat aduan atau kacau ganggu akan disusun atau dipindah tertakhluk kepada kekosongan antaranya di Pusat Penjaja; Pasar Berbangunan DBKL; pasar malam atau pasar terbuka sedia ada dan penempatan semula penjaja di lokasi dibenarkan DBKL.
"Penambahbaikan yang dilakukan bagi memastikan program WBB dapat diteruskan secara holistik untuk jangka masa panjang bagi memastikan permasalahan dapat diselesaikan supaya warga kota dan peniaga mendapat manfaat bersama dalam Keluarga Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022

Inisiatif Program Wilayah Bebas Berniaga (WBB) untuk Lesen Sementara KL Prihatin yang tamat semalam akan diteruskan hingga 31 Dis ini dengan beberapa penambahbaikan diperkenalkan mulai bulan ini. - Gambar fail/BERNAMA

Lahir luar negara: Hanya anak berbapakan warganegara berhak dapat kerakyatan Malaysia
Hanya kanak-kanak yang lahir di luar negara berbapakan warganegara Malaysia berhak mendapat kerakyatan Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang, demikian putus Mahkamah Rayuan.

PRU15: Anwar umum Nurul Izzah ketuai jentera di Kedah, Pulau Pinang, Perlis
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar diberi tanggungjawab mengetuai jentera parti bagi Pulau Pinang, Kedah dah Perlis pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Kes warganegara anak lahir di luar negara berhak dirayu di Mahkamah Persekutuan
Pihak terbabit dalam kes berkaitan kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia, masih mempunyai hak untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Laluan kenderaan di bawah jambatan hidupan liar Sungai Yu akan ditutup sepenuhnya
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, laluan sepanjang lima kilometer di FT08 itu akan ditutup bagi menyekat akses kenderaan.

Lebih 9,000 pasport yang dimohon secara dalam talian tidak dituntut
Lebih 9,000 Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) telah dicetak tetapi masih tidak dituntut oleh individu yang memohon dan memperbaharui pasport berkenaan secara dalam talian.

AWANI Ringkas: KKM tidak setuju longgarkan prosedur perkhidmatan kecantikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

SPRM buka 21 kertas siasatan babit JPKK Pahang
SPRM telah membuka sebanyak 21 kertas siasatan yang melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pahang sejak 2018.

Apakah yang dilakukan oleh negara lain untuk menangani inflasi?
Berikut adalah perbandingan langkah yang diambil oleh beberapa negara untuk menangani situasi ini.

China beri amaran kemunculan semula jangkitan COVID-19
China memberi amaran tentang kesan kebangkitan semula jangkitan COVID-19 di negara-negara jiran ketika ia berusaha membendung dan mengawal virus itu.

MFL, FAM perlu siasat secara telus insiden kekecohan di Kota Bharu
Siasatan mestilah berpandukan laporan penuh daripada pegawai perlawanan semasa aksi antara The Red Warriors dengan The Bos Gaurus berlangsung.

Wilayah Bebas Berniaga: Peniaga lega, gembira WBB dilanjutkan sehingga hujung 2022
Dimulakan pada 2020, skim tersebut disambung sehingga hujung tahun ini, menghadirkan bukan saja kelegaan malah kegembiraan buat peniaga di ibu kota.

Wilayah Bebas Berniaga diteruskan hingga 31 Dis - DBKL
Inisiatif Program Wilayah Bebas Berniaga (WBB) untuk Lesen Sementara KL Prihatin yang tamat semalam akan diteruskan hingga 31 Dis ini dengan beberapa penambahbaikan diperkenalkan mulai bulan ini.

Kesesakan trafik: DBKL teliti semula kebenaran Skim Wilayah Bebas Berniaga
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengkaji semula kebenaran lesen percuma Skim Wilayah Bebas Berniaga yang dilihat mungkin menjadi antara faktor kesesakan trafik di ibu negara.

Skim Wilayah Bebas Berniaga dilanjut hingga Jun depan
Ini bagi meringankan beban lebih 4,500 penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar di bawah skim tersebut.

Skim Wilayah Bebas Berniaga dilanjut hingga hujung tahun - Annuar
Skim Wilayah Bebas Berniaga di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan yang dijadual tamat 31 Julai hadapan dilanjutkan sehingga akhir tahun ini.

Operasi penguatkuasaan perlu ada empati
Dalam kerangka peraturan WBB yang lebih longgar, pihak berkuasa harus juga menerapkan sikap dan pendekatan yang fleksibel dalam menangani ketidakpatuhan.

Wilayah Bebas Berniaga: DBKL terima 1,797 permohonan Lesen Sementara KL Prihatin
Program ini dijangka memberi manfaat kepada 3,000 keluarga di Wilayah Persekutuan.

Peniaga, penjaja dinasihat beri kerjasama kepada MPP, PBT
Nasihat yang sama diberikan kepada peniaga-peniaga muda di bawah Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota.

YAPEIM saran Wilayah Bebas Niaga dipeluas ke seluruh negara
Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YaPEIM) menyarankan agar inisiatif Wilayah Bebas Berniaga yang bermula esok di kawasan Wilayah Persekutuan diperluaskan konsepnya ke semua negeri di Malaysia.

Wilayah Bebas Berniaga: Peniaga zahir rasa syukur, dapat ruang 'bernafas'
Keprihatinan itu nyata mampu mengukir senyuman para peniaga yang ditemui Astro AWANI di sekitar Bandar Sri Permaisuri, di sini.