awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga bazar diingat ambil suntikan tifoid, jaga kebersihan
Rujuk pihak berautoriti untuk isu agama - Zulkifli
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wisma MBSA disinari lampu bendera Palestin tanda solidariti

Bernama
Bernama
19/05/2021
23:59 MYT
Wisma MBSA disinari lampu bendera Palestin tanda solidariti
Wisma MBSA dilimpahi empat cahaya iaitu merah, putih, hijau dan hitam melambangkan bendera Palestin sebagai solidariti terhadap rakyat negara itu yang ditindas dan dizalimi Zionis. --fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak ketinggalan bersama-sama rakyat Malaysia dan dunia amnya bagi menzahirkan tanda solidariti mereka terhadap rakyat Palestin yang ditindas dan dizalimi oleh rejim Zionis.
Limpahan cahaya empat warna iaitu merah, putih, hijau dan hitam yang melambangkan bendera Palestin di Bangunan Wisma MBSA, Seksyen 14 dipasang dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam sejak Isnin (17 Mei).
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA Shahrin Ahmad berkata pihaknya berharap dengan pemasangan lampu tersebut dapat meningkatkan kesedaran kepada rakyat Malaysia, khususnya warga Shah Alam berhubung isu yang berlaku kepada rakyat Palestin.
Shahrin berkata buat masa sekarang lampu tersebut akan terus dipasang untuk memberi kesedaran kepada rakyat mengenai kemusnahan yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap penduduk Palestin.
"Kita doakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin serta berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera," katanya ketika dihubungi Bernama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MBSA
#tentera
#Palestin
#shah alam
#Israel
#rakyat Malaysia
#Zionis
#bendera Palestin
#Malaysia
#Majlis Bandaraya Shah Alam
#Wisma MBSA
#Shahrin Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan