awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemindahan teknologi China ke Sabah langkah strategik perkasa pendidikan - Ratib
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS menjelang data pekerjaan AS, keputusan berkaitan tarif
KPM sedia terima saranan ibu bapa isu kerahsiaan - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wisma Putra pantau situasi susulan insiden letupan di Manchester

Astro Awani
Astro Awani
23/05/2017
03:19 MYT
Wisma Putra pantau situasi susulan insiden letupan di Manchester
Pihak kementerian menasihati warga Malaysia yang berada di kawasan terjejas agar sentiasa berjaga-jaga dan patuh dengan arahan pihak berkuasa tempatan. -Reuters
Kementerian Luar Negeri sedang memantau situasi susulan insiden letupan di Manchester Arena, England pada Malam Isnin.
Dalam kenyataannya pada Selasa, pihak kementerian menasihati warga Malaysia yang berada di kawasan terjejas agar sentiasa berjaga-jaga dan patuh dengan arahan pihak berkuasa tempatan.
Statement on #manchesterexplosion pic.twitter.com/PpAGBtZF3M
— Wisma Putra (@MalaysiaMFA) May 23, 2017
Tambah kenyataan itu lagi, warga Malaysia yang terlibat dalam insiden berkenaan dinasihat untuk melapor diri dengan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia melalui maklumat berikut:
Suruhanjaya Tinggi Malaysia, London, 45-46, Belgrave Square, London SW1X8QT. Telefon: +44 207 235 8033 Emel: [email protected]
Pada masa sama, Kementerian Luar Negeri turut menzahirkan ucapan takziah kepada pihak yang terlibat dalam insiden berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak Polis Manchester mengesahkan 19 maut manakala lebih 50 lagi cedera dalam insiden letupan selepas konsert Ariana Grande tamat sekitar jam 10:33 malam waktu tempatan.
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#letupan
#London
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan