awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wong Chen akui kesilapan letak nama Yusof Annuar pada soalan Parlimen

Astro Awani
Astro Awani
18/11/2015
02:00 MYT
Wong Chen akui kesilapan letak nama Yusof Annuar pada soalan Parlimen
Wong Chen (gambar) mengakui membuat kesilapan apabila menamakan Yusof Annuar sebagai salah seorang daripada lima yang dikaitkan dengan 1MDB. - Foto Facebook
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen mengakui membuat kesilapan apabila menamakan pengurus Bank Deutsche, Datuk Yusof Annuar Yaacob sebagai salah seorang daripada lima yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika menghantar soalan kepada Parlimen.
Wong menjelaskan beliau sebenarnya ingin menamakan pengarah SRC International Sdn Bhd, Datuk Suboh Md Yassin.
Dalam soalannya, Wong bertanyakan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tentang lokasi Yusof Annuar, selain ahli perniagaan Low Taek Jho, bekas eksekutif 1MDB Casey Tang, Jasmine Loo dan pengarah urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil.
"Itu kesilapan saya. Saya maksudkan Suboh, bukan Yusof Annuar," kata Wong seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider pada Selasa.
Nik Faisal dan Suboh kini diburu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada penyiasatan ke atas SRC International, yang merupakan bekas subsidiari 1MDB.
Low, juga dikenali sebagai Jho Low, membantu menubuhkan Terengganu Investment Authority, pelopor kepada 1MDB, dan sering dikaitkan dengan 1MDB walaupun telah berulang kali membuat penafian.
Tang dan Loo berada dalam senarai dikehendaki Bank Negara Malaysia untuk membantu siasatan ke atas Akta Kawalan Mata Wang 1953.
Tang merupakan bekas pengarah eksekutif 1MDB dan dikatakan telah bekerjasama dengan Low dan eksekutif tertinggi PetroSaudi International.
Loo pula ialah bekas pengarah eksekutif undang-undang di UBG Berhad. Beliau merupakan ahli lembaga pengarah UBG ketika Low memegang jawatan penasihat kepada UBG.
Semalam, Kementerian Dalam Negeri memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa lokasi mereka masih belum dapat dikesan.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Ahmad Zahid Hamidi
#CASEY TANG
#Jasmine Loo
#Jho Low
#Nik Faisal Ariff Kamil
#SRC International
#Suboh Md Yassin
#Wong Chen
#Yusof Annuar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan