awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wujud lebih banyak jawatan tetap untuk doktor junior, kata Presiden MMA

Bernama
Bernama
17/11/2020
09:30 MYT
Wujud lebih banyak jawatan tetap untuk doktor junior, kata Presiden MMA
MMA berharap perkara itu akan diteliti dalam usaha menangani kekurangan tenaga kerja dalam sektor penjagaan kesihatan awam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berharap Kementerian Kesihatan (KKM) akan mewujudkan lebih banyak jawatan tetap kepada doktor junior dan melanjutkan kontrak mereka yang bekerja bagi membolehkan pengkhususan dilakukan.
Presiden MMA Profesor Datuk Dr Subramaniam Muniandy berkata untuk mengikuti program latihan kepakaran Parallel Pathway, pegawai perubatan akan memerlukan tempoh lanjutan selama 10 tahun.
"Memandangkan Disember semakin hampir, sudah pasti ramai pegawai perubatan kontrak yang berdebar-debar untuk mengetahui status kontrak mereka.
"Meskipun isu mengenai jawatan tetap dan pelanjutan kontrak tidak dimasukkan dalam Belanjawan 2021, MMA berharap perkara ini akan diteliti dalam usaha menangani kekurangan tenaga kerja dalam sektor penjagaan kesihatan awam," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dr Subramaniam berkata keputusan KKM baru-baru ini untuk menaikkan pegawai perubatan dan pergigian daripada Gred UD41 kepada UD43 telah memberikan kelegaan yang besar kepada ramai pegawai perubatan.
"KKM turut menyebut bahawa beberapa langkah penjimatan kos akan dimasukkan, kami berharap bahawa kesemua langkah ini tidak akan membabitkan penarikan elaun lain seperti elaun kritikal yang dikembalikan pada awal tahun ini," katanya.
Beliau berharap KKM akan memberikan penjelasan mengenai perkara itu tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persatuan Perubatan Malaysia
#MMA
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#doktor junior
#Doktor
#program latihan pakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan