PUTRAJAYA: Sebuah portal yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) akan diwujudkan, untuk membantu rakyat mengesahkan maklumat yang diterima, menangkis berita fitnah serta melawan penipuan atau scam, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Portal itu katanya diperluaskan dari segmen khas 'Biar Betul!' yang ditayangkan di saluran Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), memandangkan segmen yang berdurasi kurang daripada seminit itu tidak memadai dan perlu dirancakkan bagi menangani isu tersebut.
"Masih di peringkat awal, tapi ada keperluan supaya rakyat secara amnya tidak perlu ragu-ragu tentang bahan yang dibaca. Sekiranya ada syak wasangka boleh rujuk (kepada portal itu).
"Hari ini kita boleh tonton episod 'Biar Betul!' dalam pelbagai platform termasuk di RTM, di mana setiap hari bongkar bahan scam, kandungan palsu, berita fitnah tapi kita lihat belum memadai dan perlu dirancakkan," katanya selepas melancarkan program Jom Baca Bersama 10 Minit peringkat Kementerian Komunikasi, di sini hari ini.
Fahmi berkata platform baharu itu, akan menggembeleng kemampuan bersama platform sedia ada antaranya SEBENARNYA.MY di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan MyCheck.My, diuruskan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan 'Biar Betul!' untuk memudahkan rakyat membuat pencarian dan mengesahkan sebarang maklumat yang diterima.
Fahmi berkata kementerian juga akan bekerjasama dengan platform media sosial, supaya maklumat yang diterima pengguna melalui proses pengesahan seperti yang diamalkan di platform X yang melampirkan Community Notes dalam sesuatu hantaran, membolehkan pengguna memberi maklum balas pada hantaran tersebut.
Selain itu, sejumlah 1,878 komuniti Madani seluruh negara juga boleh dimanfaatkan sebagai ejen 'Biar Betul!' dan barisan hadapan untuk menangkis fitnah, memperbetul persepsi serta menyemak fakta dengan kementerian bagi memastikan penyampaian maklumat kepada masyarakat dilakukan dengan lebih jelas dan tersusun.
Beliau berkata perkara itu dipandang serius memandangkan maklumat MCMC menunjukkan hampir 80 peratus kandungan yang diturunkan sehingga April adalah bersifat scam, termasuk penipuan iklan serta judi dalam talian.
Terdahulu, Fahmi dalam ucapan berkata tema program Jom Baca Bersama 10 Minit 'Pembacaan Melestarikan Perpaduan' amat bertepatan dengan konsep Madani, yang mencerminkan penekanan ke arah pembentukan masyarakat bertamadun, saling memberi pandangan dan memupuk perpaduan.
Anjuran bersama Pusat Sumber Kementerian Komunikasi dan Pusat Sumber dan Foto Jabatan Penerangan Malaysia (Japen), program itu diadakan bersempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia disambut seluruh dunia pada 23 April setiap tahun.
Turut menjayakan progam itu ialah Pusat Maklumat dan Perpustakaan (Infolib) Bernama, Pusat Sumber Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Perpustakaan RTM serta Pusat Sumber Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Fahmi (dua, kiri) bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program Jom Baca Bersama 10 Minit bertemakan "Pembacaan Melestarikan Perpaduan" Peringkat Kementerian Komunikasi hari ini. - Foto Bernama
Seorang maut, 13 cedera dalam dua letupan bom di Narathiwat
Seorang maut dan 13 termasuk seorang anggota polis cedera dalam dua letupan bom di Daerah Jok Irong dan Sukhirin di Narathiwat, selatan Thailand, pagi tadi.
Pendengaran yang baik penting untuk penjagaan emosi warga emas - Pakar
Pakar audiologi, Nur Ameera Johaniz berkata pendengaran yang sihat merupakan aspek yang penting untuk komunikasi antara ahli keluarga. Jelasnya, tanpa pendengaran yang jelas, adalah sukar untuk warga tua meluahkan perasaan dan menjaga emosi sebaiknya.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Pakar audiologi, Nurul Amirah Mior Hasim berkata kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza. Jelasnya, warga emas yang tidak mendapatkan rawatan untuk masalah pendengaran berisiko berdepan kesukaran menjalani rutin harian. #AgendaAWANI
Rancangan meletakkan Gaza dibawah pentadbiran kuasa asing menggadai perjuangan kemerdekaan Palestin - Penganalisis
Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute, Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim berkata Israel dan Amerika Syarikat ada perancangan untuk meletakkan Gaza dibawah pentadbiran badan antarabangsa pasca perang. Jelasnya, perancangan ini adalah berbahaya dan akan menggadaikan perjuangan kemerdekaan Palestin yang diusahakan selama ini.
Korea Selatan bercita-cita cipta kejutan ke atas Malaysia
Korea Selatan melaungkan amaran awal menjelang aksi peringkat suku akhir acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang hampir pasti bertemu Malaysia.
Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata wajah sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia. Jelasnya, Netanyahu bukan sahaja berdepan penolakan masyarakat antarabangsa bahkan juga tentangan dari dalam kebinet perangnya sendiri.
Ugutan bunuh Teresa Kok: Polis rakam keterangan dua individu
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kes masih dalam siasatan, setakat ini tiada sebarang tangkapan.
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
Wujud portal bantu rakyat lawan scam, tangkis fitnah - Fahmi
Sebuah portal yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) akan diwujudkan, untuk membantu rakyat mengesahkan maklumat yang diterima, menangkis berita fitnah serta melawan penipuan atau scam.