awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wujud salah tanggap laporan, UNICEF bakal bertemu KPM

Wafa Aula
Wafa Aula
15/03/2018
05:38 MYT
Wujud salah tanggap laporan, UNICEF bakal bertemu KPM
Pertemuan itu bagi menjelaskan hasil kajian Unicef tentang kesejahteraan kanak-kanak yang duduk di kawasan PPR. - BERNAMA/Fail
Pihak Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) bakal mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memberi penjelasan mengenai salah tanggap yang wujud terhadap data yang dikeluarkan mereka.
Timbalan Perwakilan Unicef Malaysia, Dr Amjad Rabi berkata pertemuan akan diadakan dalam masa terdekat mengenai ulasan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mempersoal hasil kajian Unicef bertajuk "Kanak-Kanak Pinggiran: Kaji selidik mengenai kemiskinan dan penafian hak kanak-kanak bandar di rumah pangsa di Kuala Lumpur" di Dewan Rakyat semalam.
"Mungkin terdapat salah tanggap mengenai data yang dikeluarkan dan kami berasa bertanggungjawab untuk menemui kementerian bagi memberi penjelasan kepada mereka dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Jelasnya, adalah wajar bagi Unicef memfokuskan dapatan kajian itu lantaran ia bakal memberi impak kepada keberhasilan modal insan negara.
"Kanak-kanak yang lahir hari ini akan membesar dalam tempoh beberapa tahun lagi. Jadi, segala apa yang kita labur dan berikan kepada mereka sama ada dari aspek pendidikan, nutrisi dan kesihatan akan menentukan nasib mereka pada masa hadapan," katanya.
Beliau pada masa sama mengakui, laporan tersebut diterima baik Kementerian Kesihatan Malaysia hasil beberapa siri perbincangan yang dilakukan sebelum dan pasca laporan itu dibentangkan.
Pada persidangan Dewan Rakyat semalam, Mahdzir mengesahkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan masalah tumbesaran atau kekurangan zat makanan dalam kalangan murid di seluruh negara.
BACA: Kanak-kanak PPR alami masalah kekurangan zat - UNICEF
Terdahulu, hasil kajian Unicef menunjukkan kanak-kanak bawah lima tahun yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) paling banyak mengalami masalah tumbesaran terbantut dan kurus kering berpunca daripada kekurangan zat makanan.
Lima belas peratus kanak-kanak bawah lima tahun yang tinggal di PPR pula mengalami masalah kurang berat badan manakala 22 peratus kanak-kanak bawah lima tahun ke bawah yang tinggal di PPR pula mengalami masalah tumbesaran terbantut.
Kaji selidik itu melibatkan 2,142 kanak-kanak daripada 17 kawasan PPR yang berbeza di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.
BACA: Terbantut, kurus kering: Ada keluarga di PPR hanya hidangkan satu lauk sehari
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Dr Amjad Rabi
#Kanak-kanak
#keluarga
#Kementerian Kesihatan
#kos sara hidup
#Mahdzir Khalid
#miskin bandar
#pendidikan
#Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#UNICEF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan