Kementerian Kerja Raya mengesahkan wujud sebahagian daripada 101 projek bernilai RM6.61 bilion membabitkan kementerian itu yang dikatakan diperoleh secara rundingan terus sewaktu pentadbiran lepas, kata menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof.
"Memang ada sebahagian daripada projek itu sewaktu kerajaan Pakatan Harapan (PH). Ya, saya sahkan," katanya ringkas kepada media selepas selesai menyerahkan dan merasmikan projek menaik taraf Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Persimpangan Taman Melati, Gombak di sini hari ini.
Beliau mengulas pendedahan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada Isnin bahawa pentadbiran negara ketika diterajui PH selama 22 bulan, meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.
Fadillah berkata pihaknya masih belum mendapat anggaran sebenar jumlah kos projek berkenaan dan masih lagi menyemak butiran lanjut mengenainya.
Beliau berkata maklumat awal pihaknya mendapati projek itu bukan diklasifikasikan sebagai 'special circumstances' tetapi adalah proses biasa atas permintaan.
"Namun, ada juga projek yang kita teruskan ketika ini setelah melihat kepada asas projek tersebut," katanya.
BACA: Isu lulus 101 projek secara rundingan terus: Guan Eng sifatkan ia sebagai 'lumrah'
BACA: 101 Projek: Tun M minta Tengku Zafrul dedahkan siapa yang dapat 'nikmat istimewa'
Fadillah berkata pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan terhadap dakwaan pemberian secara rundingan terus itu.
SPRM dilaporkan telah menerima beberapa memorandum daripada badan bukan kerajaan (NGO), berhubung isu berkenaan dan akan mendapatkan senarai 101 projek daripada Kementerian Kewangan yang dikatakan diberi secara runding terus, semasa pentadbiran kerajaan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 26 2020
Fadillah berkata pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam siasatan terhadap dakwaan pemberian secara rundingan terus itu. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
SPRM belum buka kertas siasatan berkaitan 101 projek rundingan terus - Azam
Pihak SPRM masih membuat analisis terhadap kesemua projek berkenaan sama ada ia mempunyai unsur rasuah atau sebaliknya.
Projek rundingan terus bercanggah manifesto PH - Annuar Musa
Annuar Musa tidak menjadikan satu projek yang diterima kementeriannya menerusi secara rundingan terus sewaktu pentadbiran lepas sebagai isu atau masalah.
Dua projek rundingan terus KPKT di luar pengetahuan menteri - Zuraida
Zuraida memberi jaminan KPKT akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.
Henti politik isu 101 Projek : Saya hanya menjawab soalan - Zafrul
Beliau selaku individu bertanggungjawab terhadap isu perbendaharaan negara hanya menjawab soalan yang dikemukakan Ahmad Maslan.
Wujud sebahagian daripada 101 projek rundingan terus di KKR - Fadillah Yusof
Fadillah berkata pihaknya masih belum mendapat anggaran sebenar jumlah kos projek berkenaan dan masih lagi menyemak butiran lanjut mengenainya.
Kerajaan tidak akan dedah status penyumbang Tabung Harapan
Identiti penyumbang dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dan Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) 1989.
Isu lulus 101 projek secara rundingan terus: Guan Eng sifatkan ia sebagai 'lumrah'
Kata Guan Eng, atas faktor keselamatan, kerajaan perlu memberi projek secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat tertentu.