awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wujud unsur kecuaian pengasuh taska, tinggal bayi tanpa pemantauan - Polis

Bernama
Bernama
11/01/2025
05:45 MYT
Wujud unsur kecuaian pengasuh taska, tinggal bayi tanpa pemantauan - Polis
Siasatan awal mendapati kecuaian atau pengabaian pengasuh adalah meninggalkan mangsa tanpa pemantauan sewajarnya dalam tempoh yang lama. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Terdapat unsur kecuaian atau pengabaian oleh pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) berhubung kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan, 3 Jan lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Akmalrizal Radzi berkata siasatan awal mendapati kecuaian atau pengabaian pengasuh adalah meninggalkan mangsa tanpa pemantauan sewajarnya dalam tempoh yang lama.
"Siasatan masih berjalan dan setakat ini enam keterangan telah diambil termasuk daripada suspek iaitu pengasuh. Kita juga dalam proses untuk melakukan tangkapan terhadap suspek
"Polis juga masih menunggu keputusan makmal bagi mengetahui punca sebenar kematian bayi berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kertas siasatan telah dirujuk ke Bahagian D5 (Pendakwaan/Undang-Undang) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor susulan terdapat beberapa arahan yang perlu diambil sebelum ia dikemukakan ke pihak timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
Sebelum ini, Mohd Akmalrizal dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang doktor di sebuah klinik di Bandar Saujana Putra di Kuala Langat pada 3.29 petang, 3 Jan lepas mengenai seorang bayi lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri telah dibawa oleh pengasuh taska ke klinik terbabit.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor Azmir Kassim sebelum ini dilaporkan berkata taska yang dipercayai terbabit dalam kes kematian bayi itu telah diarahkan tutup pada Selasa lepas (7 Jan).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecuaian pengasuh
#bayi mati
#taska
#pengasuh cuai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan