awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai hal-hal fiskal - IDEAS

Israr Khalid
Israr Khalid
28/02/2023
23:47 MYT
Wujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai hal-hal fiskal - IDEAS
YEOH: Malaysia boleh teladani Norway tentang bagaimana negara itu membentuk dan menguruskan dana kekayaannya. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkenaan Belanjawan dan hal ehwal fiskal negara perlu ditubuhkan dalam usaha meningkatkan pendapatan dan mengurangkan hutang negara.
Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Malaysia Dr Tricia Yeoh berkata, ia adalah sesuatu yang sudah dibincangkan sejak beberapa tahun lalu dan ia wajar dilaksanakan oleh kerajaan hari ini.
“Bukan tertumpu kepada hal-hal Belanjawan sahaja tapi juga hal-hal fiskal yang boleh memainkan peranan penting.
“Jadi, jawatankuasa ini boleh menjadi langkah utama membuat cadangan tentang Akta Tanggungjawab Fiskal yang mungkin sudah ada draf rang undang-undangnya (RUU) di bawah Pejabat Peguam Negara kerana ini sudah dalam dua tahun ada perbincangan di Kementerian Kewangan,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Sebagai penambahbaikan, kata Yeoh, kerajaan boleh melihat dan meneladani model yang dipraktikkan di negara-negara maju di dunia, contohnya di Norway.
“Norway adalah lebih kurang sama dengan Malaysia. Mereka juga ada minyak. Jadi, pendapatan daripada minyak disalurkan kepada satu dana yang digunakan untuk jangka masa panjang.
“1Malaysia Development Berhad sepatutnya menjadi dana kekayaan negara tetapi (model Norway) ini adalah satu contoh yang bagus dan memang boleh menjadi amalan yang baik untuk Malaysia,” tambahnya.
Wujudkan JK Pilihan Khas Parlimen mengenai hal-hal fiskal - IDEAS
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#ideas
#Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
#hal ehwal fiskal negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan