Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendesak kesatuan sekerja bagi syarikat penerbangan baru, Malaysia Airlines Berhad (MAB) diwujudkan serta merta.
Setiausaha Agung MTUC, Gopal Krishnam berkata penubuhan kesatuan sekerja nasional MAB dapat menjamin kebajikan kakitangan syarikat penerbangan nasional yang baru itu.
Gopal berkata ia adalah tempoh yang paling sesuai bagi pekerja MAB untuk mewujudkan kesatuan pekerja dan menekankan langkah ini mampu melindungi pekerja jika mereka berdepan dengan situasi perubahan pengurusan dan sebagainya.
"Saya berasa ini adalah masa yang tepat bagi pekerja untuk mewujudkan kesatuan sekerja kebangsaan.
"Ia adalah satu-satunya cara jika ada perubahan pada pengurusan, mereka boleh dilindungi melalui kesatuan ini," kata Gopal dalam satu temubual bersama Astro AWANI.
Sementara itu katanya, pembubaran Kesatuan pekerja Malaysian Airlines System (MASEA) selepas pengambilalihan MAB adalah tidak wajar.
"Ia adalah satu kesalahan kepada Kesatuan Sekerja MAS yang memilih untuk dibubarkan ketika banyak isu masih belum selesai," katanya.
Syarikat penerbangan MAB memulakan operasinya pada 1 September 2015 selepas selesai fasa penstrukturan semula syarikat menerusi pengurangan jumlah kakitangan kepada 14,000 berbanding 20,000 sebelumnya.
Di bawah pengurusan baru ini, kesatuan sekerja kakitangan MAB masih belum diwujudkan.
Dania Zainuddin
Wed Sep 02 2015
Penubuhan kesatuan sekerja nasional MAB dapat menjamin kebajikan kakitangan syarikat penerbangan nasional yang baru itu. - Foto Bernama
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Klausa kesihatan dan keselamatan patut dimasukkan dalam perjanjian kolektif - MTUC
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa majikan dan kesatuan memasukkan klausa kesihatan dan keselamatan di dalam Perjanjian Kolektif.
BDR dijangka berlanjutan: MEF gesa kerajaan tambah insentif majikan, pekerja
Arahan mengehadkan jumlah pekerja di pejabat dijangka dilanjutkan sekali gus memaksa majikan meneruskan konsep bekerja dari rumah (BDR).
COVID-19: Kurang disiplin kendiri, kesedaran punca peningkatan kluster tempat kerja - MTUC
Kurang kesedaran mengenai dengan prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja antara punca jangkitan kes COVID-19 di tempat kerja meningkat.
MTUC harap Kabinet lulus usul naikkan bantuan JKM kepada RM1,000
MTUC sambut baik cadangan Perdana Menteri agar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM1,000.
Lanjut tempoh moratorium: Jangan beri 'blanket approval' - MIDF
Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Datuk Charon Wardini Mokhzani berkata lanjutan moratorium itu tidak sepatutnya diberi secara kelulusan menyeluruh (blanket approval).
Mencari penyelesaian kemelut kediaman pekerja asing
Sekarang merupakan masa terbaik untuk cari jalan penyelesaian mengenai isu kediaman pekerja asing yang perlu disediakan oleh majikan.
Hentikan pekerja semasa PKP, PKPB tindakan tidak berperikemanusiaan - MTUC
Tindakan memberhentikan pekerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah tindakan tidak berperikemanusiaan.
MTUC saran kemudahan insurans, perubatan untuk pekerja tempatan di pasar borong
MTUC menyarankan agar pekerja tempatan di Pasar Borong Kuala Lumpur diberi kemudahan perlindungan insurans dan perubatan.
MTUC cadang pelaksanaan peraturan pekerjaan darurat
J.Solomon berkata mereka yang ditindas merangkumi pekerja warga Malaysia dan juga buruh migran yang sebilangan besar mereka adalah berkeluarga dan miskin tegar.
RoS batal penggantungan MTUC
RoS berpuas hati dengan penjelasan MTUC, yang disokong oleh dokumen, sebagai tindak balas kepada beberapa isu yang dibangkitkan oleh RoS.