IPOH: Kerajaan disarankan mewujudkan perjawatan pegawai agama di hospital bagi memperkasakan lagi konsep Hospital Mesra Ibadah di negara ini.
Ahli Parlimen Parit, Muhammad Ismi Mat Taib berkata, Hospital Mesra Ibadah merupakan program di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) yang memfokuskan kepada kesejahteraan pelanggan melalui penerapan serta penghayatan ibadah semasa dan selepas mendapat rawatan.
Menurutnya, kakitangan hospital khususnya perawat perubatan Muslim perlu memikul tanggungjawab dalam memastikan pesakit Muslim menerima bimbingan yang betul untuk melakukan ibadah dan amalan keagamaan.
"Kewajaran memberikan panduan kepada pesakit untuk beribadah menjadi satu kewajipan dan bukan pilihan terutama berkaitan perkara asas seperti cara wuduk pesakit, pelaksanaan tayamum, cara solat pesakit dan beberapa berkaitan ibadah pesakit.
"Maka perjawatan pegawai agama di hospital menjadi satu keperluan untuk diwujudkan agar segala usaha merealisasikan Hospital Mesra Ibadah ini dicapai dengan baik sekali gus boleh dijadikan model kepada dunia," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, di Malaysia, amalan seperti ziarah pesakit oleh pegawai agama atau sukarelawan hospital yang membantu pesakit sudah wujud namun tiada suatu latihan khusus atau garis panduan tepat bagi membantu pesakit dan keluarga dari sudut keperluan spiritual.
Menurutnya, peranan pegawai agama di hospital boleh membantu pesakit dari banyak aspek memberi tazkirah atau memberi tunjuk ajar kepada pesakit dalam menunaikan solat ketika uzur sehinggalah mengajar pesakit yang sedang melalui sakaratulmaut untuk mengucapkan dua kalimah syahadah.
Jelas Muhammad Ismi, untuk permulaan, perjawatan bagi perkhidmatan pegawai agama di hospital boleh dilaksanakan secara kontrak dahulu waktu ini bagi tujuan perintis. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 29 2023
Jelas Muhammad Ismi, untuk permulaan, perjawatan bagi perkhidmatan pegawai agama di hospital boleh dilaksanakan secara kontrak dahulu waktu ini bagi tujuan perintis. - Foto Facebook/Ustaz Ismi
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Wujudkan pegawai agama di hospital
Katanya, kakitangan hospital bertanggungjawab dalam memastikan pesakit Muslim menerima bimbingan yang betul untuk melakukan ibadah.