awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

X bakal integrasi AI pada algoritma garis masa, paparan kandungan

Astro Awani
Astro Awani
20/09/2025
08:15 MYT
X bakal integrasi AI pada algoritma garis masa, paparan kandungan
Platform X akan mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya dalam algoritma garis masa dan paparan kandungan menjelang November 2025. -Gambar fail
PLATFORM media sosial X akan mengintegrasikan sepenuhnya kecerdasan buatan (AI) dalam algoritma garis masa dan sistem paparan kandungan menjelang November 2025.

Ringkasan AI
  • Platform X akan mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya dalam algoritma garis masa dan paparan kandungan menjelang November 2025, dengan algoritma sumber terbuka yang dikemas kini setiap dua minggu.
  • Menjelang Disember 2025, pengguna boleh menyesuaikan garis masa secara dinamik hanya dengan berinteraksi bersama Grok, model AI xAI, membolehkan kawalan penuh terhadap kandungan yang dipaparkan.
  • X kekal menawarkan pilihan garis masa kronologi, namun kini memperkukuh kawalan pengguna terhadap jenis kandungan melalui sistem paparan berasaskan AI pintar.

Menurut Elon Musk pada Jumaat, algoritma tersebut akan ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka dan dikemas kini setiap dua minggu, membolehkan pemerhatian serta penyesuaian oleh komuniti pembangun dan pengguna.
The algorithm will be purely AI by November, with significant progress along the way. We will open source the algorithm every two weeks or so. By November or certainly December, you will be able to adjust your feed dynamically just by asking Grok. https://t.co/lsEcAGu0SK
— Elon Musk (@elonmusk) September 19, 2025
Menjelang Disember 2025, pengguna X juga dijangka boleh berinteraksi secara langsung dengan Grok, model AI yang dibangunkan oleh xAI, bagi menyesuaikan garis masa dan algoritma mereka secara dinamik.
Langkah ini membolehkan pengguna mengubah bentuk paparan kandungan mengikut keutamaan masing-masing.
Dengan pendekatan baharu ini, X dilihat semakin beralih kepada sistem paparan berasaskan algoritma pintar, sambil mengekalkan pilihan untuk melihat perkongsian daripada kenalan secara kronologi.
Ia turut memperkukuh kawalan pengguna terhadap jenis kandungan yang ingin ditampilkan pada garis masa mereka.
-Amanz
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#platform X
#kecerdasan buatan
#algoritma garis masa
#paparan kandungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan