awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
Hari Keselamatan Internet berlangsung di Tasik Titiwangsa hari ini
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Xing Xing dan Liang Liang nama baru pasangan panda

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
25/06/2014
11:13 MYT
Xing Xing dan Liang Liang nama baru pasangan panda
Xing Xing dan Liang Liang nama baru pasangan panda
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan nama baru bagi pasangan panda yang menjadi ikonik hubungan Malaysia-China, iaitu Xing Xing dan Liang Liang.
Xing Xing bermaksud kemewahan bagi panda jantan dan Liang Liang membawa maksud kecantikan bagi panda betina.
Nama berkenaan diperoleh daripada pertandingan Menamakan Giant Panda bulan lalu.
Pasangan panda gergasi dari China, yang nama asalnya Fengyi dan Fuwa ini menjadi simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun kedua-dua negara.
Pasangan panda itu dipinjamkan kerajaan China kepada Zoo Negara Malaysia bagi tempoh 10 tahun menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.
Perdana Menteri sebelum itu merasmikan Pusat Konservasi Giant Panda di Zoo Negara.
Pembinaan Pusat Konservasi yang menyerupai habitat asal panda ini bermula April 2013 dan dengan komitmen tinggi serta usaha bersepadu pelbagai pihak, ia berjaya disiapkan pada Januari lalu.
Giant Panda merupakan khazanah negara Republik Rakyat China, RRC dan hanya beberapa negara sahaja diberi penghormatan bekerjasama dalam program Kerjasama Konservasi Giant Panda Antarabangsa.
Selain mengukuhkan hubungan diplomatik Malaysia-China, program itu mewujudkan peluang kepada Malaysia untuk menjalankan penyelidikan mengenai panda.
Ia sekaligus menjadi pemangkin dalam hubungan dua hala kedua-dua negara dan sekaligus memanfaatkan Malaysia khususnya.
Topic Berkaitan
#Liang Liang
#Najib Razak
#Panda
#Xing Xing
#Zoo Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan