ENGADGET merupakan salah satu laman media memfokuskan teknologi dan gajet yang terkemuka untuk hampir 20 tahun.

Untuk makluman, syarikat miliknya telah diambil-alih dan melalui penstrukturan, di mana kini Engadget beroperasi di bawah Yahoo.

Terbaharu, selari dengan pelbagai syarikat mengumumkan pengurangan pekerja, Yahoo turut tidak ketinggalan dan mengumumkan akan membuang sekitar 10 orang pekerja di Engadget.

Pada masa yang sama, fokus laman berkenaan juga akan distruktur kembali.

Bergerak ke hadapan, pasukan editorial akan dibahagikan kepada dua, iaitu satu memfokuskan kepada berita dengan sasaran meningkatkan trafik.

Satu lagi bahagian akan memfokuskan ulasan dan tip pembelian, dengan sasaran meningkatkan pendapatan e-dagang.

Ini sekali gus memperlihatkan Engadget akan lebih memfokuskan kepada trafik, SEO, serta pendapatan affiliate bergerak ke hadapan.

Sebelum ini, terdapat beberapa syarikat media turut mengambil langkah sama, sekali gus membawa kepada populariti yang semakin berkurangan. -Amanz