MALAYSIA
AS yakin gencatan senjata Gaza mampu dicapai - PM Anwar

Rubio bertemu Anwar selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 di ibu negara pada Khamis. - Gambar/ PMO
KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) yakin gencatan senjata mampu dicapai sekali lagi dalam konflik Palestin-Israel.
Ringkasan AI
- Amerika Syarikat yakin gencatan senjata dalam konflik Palestin-Israel boleh dicapai semula, menurut perbincangan antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio.
- Anwar menegaskan keperluan menghentikan kekejaman dan membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan ke Palestin dan Gaza, sambil menyatakan bahawa pencerobohan turut memberi kesan kepada Malaysia.
- Walaupun terdapat perbezaan pendapat mengenai konflik Gaza, hubungan Malaysia-AS kekal baik, dengan AS menghargai kerjasama dua hala serta hubungan dengan ASEAN.
“Maklumat terakhir ialah usaha keras dan dia (Rubio) nampak yakin akan ada gencatan senjata, bagi membolehkan bantuan kemanusiaan (disampaikan) ke Palestin dan Gaza.
“Mengenai isu-isu lain perdamaian, saya tekankan bahawa kita di sini terkesan juga kalau ada pencerobohan dan gangguan,” katanya.
Rubio bertemu Anwar selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 di ibu negara pada Khamis.
Sementara itu kata Anwar, segala perbezaan pendapat atau pendirian mengenai konflik Gaza, tidak menjejaskan hubungan baik Putrajaya bersama Washington D.C.
“Amerika masih menganggap hubungan dengan Malaysia penting dan juga mahu meningkatkan kerjasama bersama dengan ASEAN dan negara-negara anggota.
“Dan (mereka) memahami pendirian kita untuk berbaik dan berdagang dengan semua negara. Ini penting, kerana banyak anggap bahawa kita harus memilih mana-mana, tidak,” kata Anwar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami