awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
TikTok diminta matikan ciri skrol infiniti didakwa punca 'ketagihan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yan, Tumpat antara 28 daerah termiskin yang dikenal pasti

Astro Awani
Astro Awani
27/01/2019
10:48 MYT
Yan, Tumpat antara 28 daerah termiskin yang dikenal pasti
Rina berkata kementeriannya sedang merencana pelbagai program merangkumi pembangunan infrastruktur, peningkatan pendapatan serta pendidikan. -Gambar fail
Sebanyak 28 daerah termiskin dikenal pasti untuk diberi fokus khusus dalam meningkatkan tahap sosio ekonomi bagi membolehkan masyarakat setempat keluar daripada kepompong kemiskinan.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun berkata kementeriannya sedang merencana pelbagai program merangkumi pembangunan infrastruktur, peningkatan pendapatan serta pendidikan bagi membantu 28 daerah berkenaan.
Antara daerah dikenal pasti termasuk Yan dan Baling di Kedah, Tumpat di Kelantan serta beberapa daerah di Sabah dan Sarawak yang mendominasi angka daerah termiskin itu.
Jelasnya, selain membantu meningkatkan pendapatan, pihak kementerian mensasarkan 67 peratus pelajar luar bandar daripada keluarga berpendapatan B40 dapat memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
"Untuk 28 daerah termiskin itu, pihak kementerian akan memfokus kepada bantuan daripada segi infra, pembangunan sosial ekonomi, program peningkatan pendapatan.
"Bukan peruntukan khas, sebaliknya kita adakan program untuk meningkatkan pendapatan supaya mereka boleh keluar daripada kepompong kemiskinan," kata Rina.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Keusahawan Usahawan Muslimah Luar Bandar di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang, Tangkak petang Ahad.
Mengulas lanjut, kementeriannya akan bekerjasama dengan agensi dan kementerian lain dalam memastikan kadar sifar kemiskinan dalam negara dapat dicapai.
Topic Berkaitan
#B40
#daerah termiskin
#kepompong kemiskinan
#MRSM
#Rina Harun
#sik
#sosio ekonomi
#Tumpat
#Yan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan