Yang Dipertua 2,Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Profesor Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi, dan dua bekas ahli PERKIM; Datuk Baharin bin Baba, dan Abas bin Adam disabitkan dengan kesalahan menipu.
Mereka didakwa menipu sebagai Pemegang Amanah kepada Projek Menaikkan Taraf Laluan B9/ FT015 dari Lapangan Terbang Subang ke Hospital Sungai Buloh (Fasa 1) berjumlah RM3.612 juta.
Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Khas (Rasuah), M.Bakri bin Abdul Majid menjatuhkan hukuman tersebut di akhir kes pembelaan pada pagi tadi.
Ariffin, 77, Baharin, 61 dan Abas, 63 telah menipu ahli-ahli PERKIM di Damansara Utama, dengan memaklumkan bahawa mereka telah menerima wang pendahuluan seperti yang terkandung di dalam Lampiran A, daripada Syarikat Rira Bina Sdn. Bhd., pihak Usahasama bagi Projek Menaikkan Taraf Laluan B9/ FT015.
Sebaliknya, tertuduh sebagai Pemegang Amanah tidak menggunakan wang pendahulan tersebut untuk tujuan sedemikian dengan mengetahui bahawa dengan jalan yang demikian itu, menyebabkan kehilangan salah kepada dana PERKIM Damansara Utama untuk Projek Menaikkan Taraf Laluan B9/ FT015 dari Lapangan Terbang Subang ke Hospital Sungai Buloh (Fasa 11).
Ketiga-tiganya didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perkim Cawangan Damansara Utama, Petaling Jaya dekat sini antara 1 April 2002 dan 22 April 2004.
Perbuatan tersebut disiasat dibawah Sekyen 418 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan penjara sehingga tempoh tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Mereka telah dijatuhkan hukuman denda RM20,000 dan sekiranya gagal boleh dikenakan hukuman pemenjaraan sehingga enam bulan.
Mereka memilih membayar denda RM20,000 setiap seorang hari ini.
Tertuduh diwakili peguam Akberdin, Rafie dan Azhan bagi pihak pembelaan manakala Anthony Kevin Morais menjalankan pendakwaan bagi pihak SPRM.
Astro Awani
Fri Jan 03 2014

Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pengarah syarikat didakwa tipu, ubah wang haram RM5.1 juta
Seorang pengarah syarikat dituduh menipu dan pengubahan wang haram berjumlah RM5.1 juta melibatkan urusan jual beli sarung tangan.

Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.

Pemilik Spanco, Robert Tan tiba di mahkamah
Robert Tan menghadapi pertuduhan berhubung kontrak perolehan syarikat membekal serta menguruskan kenderaan kerajaan.

CEO pengurusan acara didakwa tipu penganjuran Hooray X Fest Raya
Seorang CEO sebuah syarikat pengurusan acara mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu berhubung penganjuran festival Hooray X Fest Raya.

Bekas komando dipenjara empat tahun kerana menipu
Seorang bekas komando tentera dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret di sini pada Ahad atas dua kesalahan menipu melibatkan kerugian RM17,500.

Kontraktor didakwa tipu projek agropelancongan ladang buah tin
Seorang kontraktor sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu projek pembangunan Agropelancongan ladang buah tin.

Menyamar peguam dan mencuri, bekas banduan dipenjara 18 bulan dengan dua sebatan
Seorang bekas banduan dihukum penjara 18 bulan dan dua sebatan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menipu dengan menyamar sebagai peguam serta mencuri.

Bekas pemain badminton kebangsaan didakwa menipu lebih RM58,000
Seorang bekas pemain badminton kebangsaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat atas dua pertuduhan menipu seorang lelaki berjumlah RM58,029 untuk tujuan pertaruhan dalam talian dan pelabura

Graduan farmasi didakwa menipu 7 individu berhubung penjualan PS5
Bryan Tan Pei Er, 24, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Bekas anggota keselamatan mengaku salah tipu dokumen kerakyatan, jual beli palsu
Tertuduh, G Ananda Raj, 36, membuat pengakuan itu sebaik kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Farahah Mohd Suah.