awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yang di-Pertuan Agong iringi keberangkatan pulang Sultan Brunei

Bernama
Bernama
21/07/2024
08:50 MYT
Yang di-Pertuan Agong iringi keberangkatan pulang Sultan Brunei
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat mengiringi keberangkatan pulang Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang. -Facebook Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat mengiringi keberangkatan pulang Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.
Menurut hantaran di laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda berkenan memandu sendiri Sultan Hassanal Bolkiah ke Pangkalan Udara Subang.
"KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha merupakan antara tetamu jemputan Diraja dari luar negara bagi Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17, yang berlangsung semalam (20 Julai)," menurut hantaran tersebut.
Turut hadir Menteri Komunikasi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong Fahmi Fadzil.
Terdahulu, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, semalam.
Selain itu, Sultan Hassanal Bolkiah turut berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara antara lain membincangkan tentang kemajuan kerjasama Malaysia dan Brunei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#Sultan Brunei
#Sultan Hassanal Bolkiah
#keberangkatan pulang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan