YAPEIM peruntuk RM2.7 juta bagi mangsa banjir 2025

Dr Zulkifli menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir pada Program Bantuan Pasca Bencana Skuad Ihsan MADANI (Hal Ehwal Agama) di KAFA Al Ubudiah Al Jariah, Taman Guru hari ini. - Gambar Bernama
KUANTAN: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) memperuntukkan RM2.7 juta bagi Program Bantuan Banjir tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
Ringkasan AI
- YAPEIM peruntukkan RM2.7 juta bagi Program Bantuan Banjir, setengah juta disalurkan kepada mangsa banjir bagi bantuan barangan keperluan dan wang tunai.
- Agensi seperti JAKIM, JAWI, YADIM, dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan turut hulurkan bantuan bersama YAPEIM kepada 300 penerima di Kuantan.
- Program Misi Bantuan Pasca Bencana menunjukkan kerajaan MADANI bersama agensi lain bekerjasama efektif untuk bantu mangsa banjir dengan sumbangan berjumlah RM118,000.
Mengulas mengenai program hari ini, Zulkifli berkata selain YAPEIM, agensi lain yang turut menghulurkan bantuan ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.
Beliau berkata penyerahan bantuan hari ini melibatkan 300 penerima dengan sumbangan meliputi makanan, barangan keperluan seperti kit solat, lampin pakai buang, kit kebersihan, selimut selain kain batik dan pelikat.
"Sumbangan berkenaan berjumlah RM118,000 dan Jabatan Agama Islam Pahang telah membantu kami menguruskan sumbangan ini kepada mangsa banjir di Kuantan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan MADANI mempunyai ekosistem yang baik dalam mengurus bencana dengan pelbagai agensi kerajaan berganding bahu bagi membantu mangsa terjejas.
Zulkifli menerusi program hari ini berkata juga pihak kerjaaan dapat mendekati mangsa banjir dan mendengar sendiri keperluan mereka.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


