awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yasin harap kes segera selesai, mahu dapat rawatan

Astro Awani
Astro Awani
15/09/2023
10:48 MYT
Yasin harap kes segera selesai, mahu dapat rawatan
Penyanyi Mimpi Laila itu menjelaskan dia lebih memikirkan tentang kesihatannya berbanding perkara-perkara lain. - Gambar Astro AWANI/Mohd Shahir Omar
PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman berharap perbicaraan kesnya dapat segera dihabiskan dengan baik untuk membolehkan dia kembali mendapat rawatan di hospital.
Yasin memaklumkan, sebelum ini dia dirujuk ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan selama 56 hari untuk mendapatkan rawatan intensif.
Penyanyi Mimpi Laila itu menjelaskan, dia lebih memikirkan tentang kesihatannya berbanding perkara-perkara lain.
"Saya memang fikirkan tentang kesihatan saya sahaja, itu memang keutamaan saya sekarang.
"Saya memang fikir tentang kesihatan sahaja tidak ada benda lain dah, nombor dua pasal kes, lain-lain daripada itu sudah tak fikir lagi lah.
"Kesihatan nombor satu, kes nombor dua," katanya kepada media selepas sesi pendakwaan akhir kesnya.
Dalam prosiding 8 Mei lalu, Hakim, Nik Nasimah Nik Mohammad memerintah Yasin dihantar ke Hospital Bahagia selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan tertuduh mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.
Yasin didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.
Pada 6 Julai tahun lalu, Muhammad Yasin, 48, bernasib baik apabila tidak berdepan peruntukan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram.
Ia selepas pendakwaan memaklumkan pertuduhan mengedar dadah ditarik balik dan penyanyi ini dituduh semula atas pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini jam 5.30 petang pada 24 Mac 2022 dan dituduh mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Topic Berkaitan
#Yasin Sulaiman
#mahkamah
#perbicaraan
#kesihatan
#pendakwaan
#Hospital
#bipolar
#waras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan