HIBURAN
Yatt Hamzah menerima ugutan bunuh

Terbaharu, Yatt Hamzah memberitahu dia telah hilang pengikut di Instagram (IG) miliknya sejumlah 10,000. - Foto Astro GEMPAK
PELAKON Yatt Hamzah mendedahkan dia pernah diugut bunuh gara-gara menyebarkan tentang kekejaman Israel.
Terbaharu, Yatt Hamzah memberitahu dia telah hilang pengikut di Instagram (IG) miliknya sejumlah 10,000.
“Semalam kongsi tentang kekejaman Israel. Beberapa jam selepas itu, terus hilang 10,000 pengikut di media sosial.
“Dulu pun sama selalu kena macam ni. Siap kena hack dan hilang IG dan FB .
“Ugutan bunuh pun dah pernah dapat. Agak-agak angkara siapa? But I don’t care. I’m not afraid. I won’t stop.
“Aku akan teruskan. Aku dah ada jawapan nanti di depan Allah.
“Aku sudah tunaikan kewajiban ku dan merekalah saksi-saksi ku. Selebihnya aku serah pada Dia,” tulisnya.
Yatt berkongsi perkara tersebut di IGnya.
Rata-rata pengikutnya terkejut dengan pendedahan tersebut dan mendoakan agar Yatt dilindungi Allah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami