awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yatt Hamzah selamat lahirkan putera sulung selepas tiga hari dalam wad

Gempak
Gempak
05/07/2021
02:12 MYT
Yatt Hamzah selamat lahirkan putera sulung selepas tiga hari dalam wad
Memaklumkan khabar gembira menerusi hantaran di Instagram, kata Yatt dia bersyukur dapat bersalin secara normal. - Foto Instagram/@yatthamzah_suci
PELAKON Yatt Hamzah telah selamat melahirkan anak keenam pada 11.16 malam Sabtu.
Memaklumkan khabar gembira menerusi hantaran di Instagram, kata Yatt dia bersyukur dapat bersalin secara normal walau pada mulanya dijadualkan untuk pembedahan (caesarean).
"Jam 11 malam semalam hampir-hampir masuk ke bilik bedah untuk caesarean, dengan kuasa Allah, pada saat-saat akhir, dapat juga melahirkan secara normal genap jam 11.16 malam, 3 July 2021 (Sabtu), setelah hampir 3 hari di wad.
"Pengalaman yang luar biasa, hebatnya kuasa doa. Allahuakbar!
"Alhamdulillah Bonda ini telah selamat melahirkan anak ke 6 (1 di Syurga), inilah anak lelaki pertama Bonda.. satu-satunya anak lelaki," tulis Yatt.
View this post on Instagram
A post shared by BONDA of 6, 5 here 1 in HEAVEN (@yatthamzah_suci)
Selain berjanji akan berkongsi perjalanannya melahirkan zuriat lelaki pertamanya, Yatt turut berterima kasih atas doa yang dilayangkan buatnya.
"Terima kasih semua keluarga, sahabat-sahabat dan followers Bonda yang baik hati telah mendoakan keselamatan baby dan Bonda. Allah sahaja yang tahu betapa bersyukur dan leganya hati ini. Paling utama doa suami.
"Genap 1 hari usia Baby Boy Bonda ni Alhamdulillah.. Syukur Alhamdulillah.. Doakan juga Baby terus sihat dan jadi anak yang soleh, pejuang agama," tambahnya
Yatt dan suami, Zulfadhli Khiruddin telah mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha yang kini berusia setahun.
Sebelum ini, Yatt turut mempunyai seorang anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor.
Topic Berkaitan
#Yatt Hamzah
#bersalin
#anak
#lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan