KUALA KRAI: Yayasan Bank Rakyat (YBR) sedia menanggung kos tuisyen pelajar tingkatan dua, Muhammad Adam Aizad Mazlan yang terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga kedua ibu bapanya yang sakit.
Pengurus Besar YBR Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata pihaknya mengalu-alukan pihak sekolah atau pusat tuisyen yang ada di Kuala Krai menghubungi YBR bagi mencari kaedah sesuai membantu pelajar berkenaan supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran disebabkan ujian dihadapinya ketika ini.
"Kami (YBR) bersedia menanggung sebarang kos bagi memastikan Muhammad Adam tidak ketinggalan dalam pelajaran, kami agak bimbang kerana dia kerap tidak pergi sekolah kerana mahu menjaga ibu dan ayahnya.
"Jika ada pihak sekolah sendiri atau mana-mana pihak menyediakan kaedah bagi membolehkan Muhammad Adam mengulang kaji pelajaran di rumah hubungi pihak kami memandangkan dalam seminggu, tiga atau empat hari dia tidak pergi sekolah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada Rahayu Daud, 49, ibu kepada Muhamad Adam di rumah mereka di Kampung Batu Jong, di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan Muhammad Adam menjaga ibunya yang menderita penyakit buah pinggang tahap lima sejak lebih setahun dan ayahnya, Mazlan Latif, 59, pula diserang angin ahmar sebelah kanan pada Ogos tahun lepas.
Mengulas lanjut, Syaiful Rizal berkata kesediaan YBR itu bagi memastikan Muhammad Adam meneruskan pelajaran yang ketinggalan kerana pelajar itu mempunyai pontesi dan seorang anak yang baik.
"Hari ini kita menyampaikan bantuan RM5,000 bagi mengurangkan beban Rahayu dansuaminya membiayai kos rawatan pemeriksaan susulan, dialisis dan ubat-ubatan memandangkan mereka tidak mempunyai sumber pendapatan.
"Lebih menyedihkan Rahayu telah kehilangan penglihatan di sebelah kiri dan tidak mampu bekerja hanya bergantung harap kepada bantuan serta sumbangan orang ramai," katanya.
Sementara itu, Rahayu berkata mereka sekeluarga bersyukur dan berterima kasih kepada semua penyumbang yang prihatin.
"Sumbangan orang ramai juga telah membantu saya menjalani pembedahan memasukkan manik mata sebelah kiri pada Julai lepas, sekali gus membolehkan saya berdikari dan menguruskan suami yang terlantar akibat angin ahmar," katanya sambil menambah penglihatannya terjejas disebabkan penyakit kencing manis dan darah tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2023
Syaiful Rizal (kanan) bertanya khabar pasangan suami isteri Mazlan Latif dan Rahayu Daud yang masing-masing berdepan masalah kesihatan di Kampung Batu Jong hari ini. - Bernama
Yayasan Prihatin SPRM, ELMU Foundation martabat profesion penguat kuasa
Yayasan Prihatin SPRM dan ELMU Foundation menandatangani MoU bagi memperkemas kerjasama kedua-dua pihak dalam melaksanakan program peningkatan integriti, profesionalisme dan kebajikan.
24 polis cedera, 39 penunjuk perasaan ditahan di Melbourne
Sekurang-kurangnya, 24 anggota polis cedera manakala 39 penunjuk perasaan anti-perang ditahan berhampiran Pameran Pertahanan Land Forces Melbourne pada Rabu.
Jurucakap polis Victoria berkata, 39 individu itu ditahan atas kesalahan menyerang, menghalang, mengganggu tugas polis, membakar selain menyekat jalan.
Jurucakap polis Victoria berkata, 39 individu itu ditahan atas kesalahan menyerang, menghalang, mengganggu tugas polis, membakar selain menyekat jalan.
Atlet Olimpik Tom Craig digantung 12 bulan
Pemain Hoki Olimpik Australia, Tom Craig digantung selama 12 bulan selepas disabit kesalahan kerana membeli dadah kokain semasa acara sukan olimpik Paris.
9 ditahan, lebih satu juta pil ekstasi dirampas
Pihak Polis Sepanyol merampas lebih daripada satu juta pil ekstasi dan menahan 9 orang termasuk warga Itali dalam sebuah operasi penumpasan sindiket dadah di Pulau Balearic, Ibiza pada Selasa.
Empat maut dan 14,328 isi rumah terjejas
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di utara dan tengah Thailand, mengakibatkan empat kematian dan menjejaskan 14,328 isi rumah, menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) pada Rabu.
Debat Trump-Harris: Reaksi berbaur Demokrat, Republikan
Calon naib presiden, J.D. Vance memberitahu media ucapan Harris tidak mempunyai "bahan sebenar", dan tidak kedengaran seperti seorang Naib Presiden Amerika Syarikat.
Trump sengaja naikkan kemarahan Harris - Penganalisis bahasa
Norma berkata fakta bahawa Trump memanggil Biden sebagai bos Harris, menunjukkan bahawa Trump sebenarnya sedang meremehkan kedudukan Harris.
Presiden AS: Sokongan Taylor Swift akan beri impak besar
Swift membuat pengesahan itu dalam catatan di Instagram dan akan mengundi Naib Presiden Amerika Syarikat itu dalam pilihan raya pada 5 November depan.
Malaysia tidak perlu bimbang persaingan China-AS
Ini terbukti berdasarkan sejarah perdamaian yang cuba diperjuangkan sebelum ini tidak dapat dicapai kerana AS sudah hilang kredibiliti.
Taufan Yagi: Angka korban dan hilang meningkat kepada 324 di Vietnam
Wilayah Lao Cai adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas dengan 72 kematian dan 111 orang masih hilang.
128 murid luar bandar Sarawak sertai Program Robotik YBR
Seramai 128 murid luar bandar Sarawak menyertai Program Peningkatan Kemahiran Teknologi Pengaturcaraan Robotik anjuran Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasasama Universiti Kebangsaaan (UKM).
53 keluarga mangsa banjir Serdang dapat perhatian Yayasan Bank Rakyat
Yayasan Bank Rakyat telah memperuntukan sebanyak RM10,600 kepada 53 keluarga yang terjejas akibat banjir di sekitar Serdang pada 17 Disember 2021.
YBR peruntuk RM150,000 bantu pelajar di ibu kota
Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediakan RM150,000 kepada 1,000 murid sekolah rendah dan menengah di sekitar Titiwangsa, Kampung Baru, Keramat dan Ampang.
Yayasan Bank Rakyat agih bantuan kembali ke sekolah
Peruntukan berjumlah RM75,000 disediakan oleh Yayasan Bank Rakyat (YBR) untuk 500 murid sekolah rendah dan menengah di sekitar Semenyih dan Dusun Tua.
Yayasan Bank Rakyat salur bantuan kepada 450 keluarga mangsa banjir Hulu Langat
Bantuan sebanyak RM200 disumbangkan kepada setiap keluarga yang dikenal pasti terkesan.
Yayasan Bank Rakyat peruntuk RM200,000 bantu golongan memerlukan
Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah memperuntukkan sebanyak hampir RM200,000 sehingga bulan November bagi tahun 2020 untuk sumbangan membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Komersialkan robot ciptaan peserta Robattle
Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Norashikin Shaharudin berkata robot ciptaan para pelajar yang komersialkan akan memupuk minat golongan muda dan para peserta untuk menjadi usahawan.
Atlet muda Orang Asli mampu harumkan nama negara
Ia tidak mustahil kerana telah terdapat beberapa atlet Orang Asli yang berjaya mencatat kejayaan ketika mewakili negara.