Yang di-Pertuan Agong XVI (ke-16) bakal dipilih pada 24 Januari ini menerusi Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja.
Dalam satu kenyataan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata Mesyuarat Khas bagi acara Mengangkat Sumpah Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16 akan diadakan pada 31 Januari ini.
"Menetapkan hari Khamis, 18 Jamadilawal 1440H, bersamaan 24 Januari 2019 untuk mengadakan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bagi tujuan memilih Yang di-Pertuan Agong XVI dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
"Raja-raja juga menetapkan bahawa Mesyuarat Khas bagi acara Mengangkat Sumpah Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong (XVI) dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan diadakan pada Khamis, 31 Januari 2019," memetik kenyataan itu.
Jelas beliau, ketetapan itu dibuat hasil pertemuan raja-raja pada 10.30 pagi, di Istana Negara hari ini susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong pada Ahad.
"Mengambil maklum dan menghormati hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V untuk berundur diri, meletak jawatan Yang di-Pertuan Agong, berkuat kuasa 6 Januari 2019.
"Menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat yang telah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, laksanakan dalam memenuhi amanah dan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong, mulai 13 Disember 2016 sehingga 6 Januari 2019," memetik kenyataan Syed Danial.
Sultan-sultan dan raja yang hadir dalam pertemuan hari ini ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajudin Syed Putra Jamalullail; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah; dan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Shah.
Manakala Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah tidak berangkat kerana kurang sihat manakala Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pula berada di luar negara.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Jan 07 2019

Yang di-Pertuan Agong XVI (ke-16) bakal dipilih pada 24 Januari ini menerusi Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja. -Gambar fail

Banjir Baling: Kerajaan Selangor hantar misi bantuan
Seramai 189 anggota dari 12 pihak berkuasa tempatan dan 20 anggota sukarelawan terlibat dalam misi tersebut.

"Saya Datin Seri, saya tak bermadu" - Noniswara
Pelakon Noniswara jelas gelaran yang disandang, jawab tuduhan bergelar isteri kedua.

Sindiket nikah 'Ustaz Zul' tumpas
Seramai 16 individu termasuk isteri dan anak kepada lelaki terbabit yang mendakwa dirinya sebagai jurunikah bertauliah ditahan.

Rafizi dinasihat tidak terlalu obsesi kejar jawatan
Syed Badli Shah juga menggesa audit forensik diadakan secara menyeluruh terhadap keputusan pemilihan termasuk undi dalam talian.

Kedai di Kampung Masjid Iboi terbakar
Kebakaran memusnahkan lebih 80 peratus rumah kedai kelas A terbabit.

Banjir Baling: Nurul Anis sempat pilih nama anak dalam kandungan
Nurul Anis memilih nama Muhammad Aidan yang membawa maksud anak lelaki penuh semangat, berakhlak dan tegas.

Banjir Baling: Jumlah mangsa menurun
Sebanyak 159 mangsa daripada 50 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai.

Galtier dinamakan jurulatih baharu PSG, Pochettino ucap selamat tinggal
Galtier kini ditugaskan untuk menamatkan penantian gelaran PSG dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Niaga AWANI: Ekonomi | Impak kenaikan OPR kepada pinjaman
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 25 mata asas bagi mengawal inflasi barangan, kata Perancang Kewangan Berlesen, Rafiq Hidayat Mohd Ramli. Menurut, ada kemungkinan besar bank akan menghantar surat kepada peminjam kadar berubah mengenai bayaran bulanan naik susulan jangkaan kenaikan OPR itu.

Suspek tikam ibu kandung direman 7 hari
Penahanan reman terhadap lelaki itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Agong berangkat hadir hari kedua Mesyuarat Raja-Raja kali ke-259
Mesyuarat itu yang bermula semalam dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-259 di Istana Negara.

Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 12 penuntut IPT
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada 12 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Raja Perlis pengerusikan Mesyuarat Raja-Raja ke-259
Mesyuarat dua hari bermula hari ini turut dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan, Pahang dan Johor.

Adik Emilia dakwa hantar surat kepada Istana Negara
Ezhan Hanafi berkata, surat tersebut dikemukakan sendiri olehnya tiga bulan lalu.

Al-Sultan Abdullah gering, kini dalam pemantauan doktor
Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan.

Majlis penyampaian watikah duta untuk Tajuddin, empat yang lain ditunda
Sumber memberitahu Astro AWANI, majlis penyampaian watikah tersebut telah ditunda, kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Agong berkenan terima menghadap Putera Faisal
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap kunjungan hormat Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan di Istana Negara, hari ini.

Enam acara bakal berlangsung sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Agong
Kesemua acara itu dikongsikan oleh Istana Negara menerusi catatan di akaun Facebook rasminya.

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun TUDM ke-64
Ucapan Seri Paduka dikongsi Istana Negara menerusi catatan dalam akaun Facebook rasminya hari ini.