awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YouTuber, tiga rakan disambung reman hingga Jumaat bantu siasatan bunuh kekasih

Bernama
Bernama
12/04/2022
06:35 MYT
YouTuber, tiga rakan disambung reman hingga Jumaat bantu siasatan bunuh kekasih
Supt Kamarul Rizal Jenal berkata sejurus lengkap, kertas siasatan itu dijangka diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada minggu ini untuk tindakan selanjutnya. - Bernama
BALIK PULAU: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan ke atas seorang Youtuber dan tiga rakannya berhubung kejadian teman wanita Youtuber itu yang meninggal dunia dalam kejadian di Teluk Kumbar di sini 2 April lepas.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata sejurus lengkap, kertas siasatan itu dijangka diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada minggu ini untuk tindakan selanjutnya.
Beliau berkata ketika ini empat lelaki berusia 23 hingga 28 tahun termasuk Youtuber itu disambung reman lima hari hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Setakat ini tiada tangkapan baharu. Reman mereka sejak 3 dan 4 April lepas tamat semalam namun pihak polis telah memohon perintah sambung reman kerana siasatan lanjut masih dijalankan," katanya yang dihubungi hari ini.
Minggu lepas, media melaporkan seorang wanita berusia 20 tahun mengalami kecederaan parah dipercayai dipukul teman lelakinya sebelum mangsa meninggal dunia dan kejadian tersebut berlaku selepas pasangan kekasih tersebut bertengkar disyaki bermotifkan cemburu.
Mangsa yang difahamkan berasal dari Melaka dan teman lelakinya itu menumpang di rumah sewa rakan mereka sejak tiba di negeri ini 27 Mac lepas untuk video laman YouTube mereka.
Sementara itu, di Seberang Perai, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Mohd Radzi Ahmad berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan seorang anggotanya menerima rasuah daripada seorang lelaki di Jalan Bagan Ajam, di sini seperti sebuah video yang tular sejak semalam.
Mohd Radzi berkata video berdurasi satu minit satu saat itu tular menerusi laman sosial TikTok sejak semalam dan berdasarkan siasatan awal, kejadian tersebut berlaku berhampiran sebuah bank di kawasan tersebut.
"Saya mengesahkan kami (polis) menerima laporan polis daripada seorang lelaki mengenai kejadian itu di Balai Polis Simpang Ampat, dekat sini pada Isnin lepas.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan dan saya juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota sekiranya terlibat dengan salah laku rasuah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang lelaki memegang wang kertas dipercayai RM200 dalam sebuah kereta sebelum dia turun menyerahkan wang tersebut kepada anggota polis yang sedang menunggu dalam sebuah kereta peronda polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#YouTuber
#bunuh kekasih
#teluk kumbar
#Kamarul Rizal Jenal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan