Skip to main content

Malaysia

YTL AI Labs perkasa inovasi AI tempatan menerusi ILMU Claw

YTL AI Labs today launched ILMU Claw, enabling Malaysian users, developers, and enterprises to build autonomous AI agents on Malaysian infrastructure for the first time._YTL AI Labs
ILMU Claw direka untuk beroperasi secara lancar dengan OpenClaw, sekali gus membolehkan pengguna membina ejen AI autonomi dengan lebih mudah tanpa perlu mengurus aspek teknikal yang rumit.

KUALA LUMPUR: YTL AI Labs hari ini melancarkan ILMU Claw, sebuah platform baharu yang membolehkan pengguna, pembangun dan perusahaan di Malaysia membina ejen kecerdasan buatan (AI) autonomi menggunakan infrastruktur tempatan melalui YTL AI Cloud yang selamat.

Pelancaran ini hadir ketika teknologi ejen AI semakin menjadi antara tumpuan utama global menjelang 2026. Perkembangan pesat perisian berasaskan ejen turut dipacu oleh kemunculan OpenClaw, sebuah projek sumber terbuka yang mendapat sambutan meluas dalam kalangan pembangun dan pengguna.

Advertisement

Melalui pendekatan tanpa keperluan pengekodan atau tetapan kompleks, OpenClaw memudahkan pembinaan ejen AI menggunakan arahan bahasa semula jadi.

Selari dengan itu, ILMU Claw direka untuk beroperasi secara lancar dengan OpenClaw, sekali gus membolehkan pengguna membina ejen AI autonomi dengan lebih mudah tanpa perlu mengurus aspek teknikal yang rumit.
 

Image
YTL AI Labs today launched ILMU Claw, enabling Malaysian users, developers, and enterprises to build autonomous AI agents on Malaysian infrastructure for the first time._YTL AI Labs

 

Image
YTL AI Labs today launched ILMU Claw, enabling Malaysian users, developers, and enterprises to build autonomous AI agents on Malaysian infrastructure for the first time._YTL AI Labs

 

Platform ini menawarkan pelbagai kegunaan termasuk membantu pengguna merancang perjalanan, mengurus e-mel dan menyusun jadual harian selain keperluan perniagaan seperti sokongan pelanggan, automasi operasi dan pengurusan aliran kerja.

ILMU Claw turut dikuasakan oleh ILMU-Nemo-Nano yang dibangunkan bersama NVIDIA, bagi memastikan proses pembangunan ejen lebih mudah tanpa menjejaskan keperluan perusahaan. Bagi kegunaan perusahaan, tindanan rujukan NVIDIA menyediakan tahap keselamatan, privasi dan kawalan polisi yang lebih tinggi untuk memastikan aliran kerja berasaskan ejen kekal terkawal.
 

Image
YTL AI Labs today launched ILMU Claw, enabling Malaysian users, developers, and enterprises to build autonomous AI agents on Malaysian infrastructure for the first time._YTL AI Labs

 

Image
YTL AI Labs today launched ILMU Claw, enabling Malaysian users, developers, and enterprises to build autonomous AI agents on Malaysian infrastructure for the first time._YTL AI Labs

 

Sebelum ini, organisasi yang memerlukan keupayaan agentik canggih sering bergantung kepada infrastruktur luar negara, termasuk dalam pengurusan data sensitif. Namun, ILMU Claw kini membuka akses kepada alat bertaraf dunia yang dihoskan sepenuhnya dalam negara, sekali gus mengukuhkan kedaulatan teknologi tempatan.

Sempena pelancaran ini, YTL AI Labs turut menyokong komuniti pembina tempatan dengan menaja acara ‘OpenClaw KL: Build With OpenClaw’ yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 24 April 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL AI Labs, Foong Chee Mun menegaskan, pelancaran ini memberi peluang kepada komuniti pembina tempatan mengakses teknologi AI bertaraf dunia yang dibangunkan di dalam negara.

“Kami sangat berbesar hati kerana dapat menyediakan apa yang amat diperlukan oleh komuniti pembina di Malaysia, iaitu keupayaan AI bertaraf dunia yang dibangunkan di tanah air sendiri,” katanya menerusi sebuah kenyataan.

Beliau turut menyifatkan ILMU Claw sebagai pemangkin kepada rakyat Malaysia untuk membangunkan inovasi dengan lebih pantas dan efektif.

“ILMU Claw merupakan batu loncatan untuk rakyat Malaysia memanfaatkan keupayaan ini dan membina inovasi hebat dengan jauh lebih pantas berbanding sebelumnya,” tambahnya.

ILMU Claw merupakan sebahagian daripada rangkaian produk ILMU oleh YTL AI Labs, termasuk ILMUchat yang kini berada dalam fasa beta awam di aplikasi Apple App Store dan Google Play.

Pelan ILMU Claw kini dibuka kepada peminat teknologi, pembangun, syarikat pemula dan perusahaan dengan hanya 800 tempat ditawarkan semasa pelancaran.

Orang ramai boleh mendaftar melalui console.ilmu.ai atau melayari www.ytlailabs.com untuk maklumat lanjut.

Must Watch Video