awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
Latihan Harimau Shakti kukuhkan kerjasama pertahanan Malaysia-India
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yuran pendaftaran, pembaharuan sijil perniagaan percuma buat OKU

Bernama
Bernama
23/10/2012
07:39 MYT
Yuran pendaftaran, pembaharuan sijil perniagaan percuma buat OKU
Mulai hari ini, Orang Kurang Upaya (OKU) tidak perlu membayar yuran pendaftaran serta yuran pembaharuan sijil perniagaan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan.
Katanya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bersetuju memberikan kemudahan tersebut secara percuma bagi menggalakkan usahawan OKU mendaftarkan syarikat dan melibatkan diri secara aktif dalam perniagaan.
"Dengan mendaftarkan syarikat dengan SSM, ia akan memudahkan mereka (golongan OKU) untuk memulakan perniagaan atau memohon lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
"Ia juga membolehkan mereka memohon pinjaman di institusi kewangan untuk memperluaskan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jalinan Kasih: Kesedaran Keusahawanan Bersama OKU anjuran SSM di sini hari ini.
Ketika ini, yuran pendaftaran perniagaan adalah sebanyak RM50 manakala yuran pembaharuan sijil perniagaan juga RM50 bagi tempoh lima tahun.
Sehubungan itu katanya, SSM akan mengadakan kaunter bergerak (mobile SSM) bagi membolehkan OKU di seluruh negara mendaftar dan memperbaharui sijil perniagaan.
Ismail Sabri berkata kementerianya juga mengenal pasti perniagaan francais yang sesuai dengan memerlukan modal bawah RM50,000 untuk diusahakan golongan OKU melalui pinjaman skim mikro Perbadanan Nasional Berhad (PNS).
Katanya ketika ini Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menyediakan geran percuma untuk OKU memulakan perniagaan berjumlah RM2,700.
Topic Berkaitan
#Ismail Sabri
#OKU
#pendaftaran
#PNS
#sijil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan