KUALA LUMPUR: Universiti awam di negara ini diminta mematuhi ketetapan kerajaan untuk mengehadkan yuran pendaftaran masuk tidak melebihi RM1,500 bermula Januari 2024.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sekiranya terdapat pihak universiti yang melanggar arahan berkenaan, kementerian itu akan mengambil tindakan sewajarnya.
"Bagaimanapun saya percaya apabila ada arahan dan keputusan jelas, unversiti tidak akan melanggar arahan tersebut. (Kalau langgar) tunggu kementerian datang," beliau berkata dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Pasaran Kerja Graduan (PPKG) anjuran KPT dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bermula Januari tahun depan yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam dihadkan tidak melebihi RM1,500.
Beliau berkata langkah itu selari dengan nilai pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh PTPTN berjumlah RM1,500 kepada semua bakal pelajar baharu yang layak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023
Mohamed Khaled berkata sekiranya terdapat pihak universiti yang melanggar arahan berkenaan, kementerian itu akan mengambil tindakan sewajarnya. - Gambar fail
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Yuran pendaftaran RM1,500: Universiti awam diminta patuh ketetapan
Universiti awam di negara ini diminta mematuhi ketetapan kerajaan untuk mengehadkan yuran pendaftaran masuk ke universiti awam tidak melebihi RM1,500 bermula Januari 2024.