awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid alu-alukan ketibaan Presiden Xi, puji keakraban hubungan Malaysia-China

Bernama
Bernama
15/04/2025
23:20 MYT
Zahid alu-alukan ketibaan Presiden Xi, puji keakraban hubungan Malaysia-China
Chang (empat, kiri) diiringi Presiden CMG Shen Haixiong (tengah) menyempurnakan Majlis Pelancaran Kisah Tinta Klasik di Kuala Lumpur malam tadi. Hadir sama, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching (empat, kanan) dan Wong (dua, kiri). --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengalu-alukan kedatangan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia sempena lawatan rasmi beliau, menyifatkannya sebagai bukti hubungan yang berkekalan dan semakin berkembang antara kedua-dua negara.
Dalam ucapan yang dibacakan pada majlis pertukaran budaya bertajuk "China dan Malaysia: Berganding Bahu ke Arah Kemakmuran Bersama" di sini malam tadi, Zahid berkata lawatan itu mencerminkan hubungan rapat dan kerjasama strategik Malaysia-China.
"Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya ingin mengalu-alukan kedatangan Tuan Yang Terutama Encik Xi Jinping, Presiden China.
"Semoga persahabatan Malaysia dan China terus mengalir tanpa henti seperti ombak Selat Melaka, berterusan untuk generasi akan datang," katanya.
Majlis yang dianjurkan sempena lawatan negara Presiden Xi itu turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.
Xi tiba di Malaysia semalam untuk lawatan negara selama tiga hari atas jemputan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Lawatan ini merupakan kunjungan rasmi kedua Xi ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun selepas kali terakhir beliau berkunjung pada 2013.
Mengenai majlis tersebut, Zahid memuji peranan berterusan Kumpulan Media China (CMG) dalam memperkukuh hubungan antara rakyat melalui pertukaran budaya dan menyifatkannya sebagai "jambatan penting" dalam memupuk persefahaman antara negara.
"CMG telah lama memainkan peranan besar dalam mempromosikan pertukaran budaya di seluruh dunia, dan usaha mereka amat dihargai," katanya.
Sementara itu, Chang dalam ucapannya menekankan kerjasama yang semakin kukuh antara kedua-dua negara dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pertukaran bakat.
Beliau berkata kerjasama melibatkan pertukaran bakat dan penyelidikan bersama telah memberi manfaat nyata serta menyerlahkan kepentingan kerjasama jangka panjang.
"Di MOSTI, kami percaya kepada kekuatan kerjasama. Tahun lalu, kami berbangga dapat menjalinkan pelbagai inisiatif Malaysia-China dalam memajukan kerjasama saintifik dan teknologi," katanya.
Chang turut memuji CMG atas inisiatif menganjurkan program pertukaran budaya tersebut, yang disifatkan sebagai platform memperkukuh rasa saling menghormati dan hubungan antara rakyat kedua-dua negara.
Beberapa kerjasama pertukaran budaya China-Malaysia turut dilancarkan malam tadi, antaranya "Menjelajah China Melalui Filem - Stesen Malaysia", "Jelajah Panda Global - Malaysia", "Fasa Baharu Kerjasama Media China-Malaysia" dan "Berganding Bahu ke Arah Kemakmuran Bersama: Lawatan Media Malaysia ke China".
Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin mewakili agensi berita itu pada pelancaran kerjasama "Fasa Baharu Kerjasama Media China-Malaysia".
Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj, serta beberapa tokoh media dan pegawai kanan kerajaan dari Malaysia dan China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Xi Jinping
#Malaysia-China
#lawatan rasmi
#Kumpulan Media China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan