KUALA LUMPUR: Lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Penjara Kajang bagi bertemu Datuk Seri Mohd Najib Razak baru-baru ini telah mendapat kebenaran khas daripada Ketua Pengarah Penjara Malaysia.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kebenaran khas itu diberikan mengikut Bahagian 10, Peraturan 86, Peraturan-Peraturan Penjara 2000.
Jelas Saifuddin, permohonan berhubung lawatan tersebut kemudian dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Penjara, Datuk Nordin Muhamad kepadanya bagi tujuan proses seterusnya.
"Ada bahagian 10 itu, ada satu peraturan. Peraturan itu adalah Peraturan 86. Ia memperuntukkan kuasa kepada kecuali dengan kebenaran khas yang dipakai selama ini, adalah oleh Ketua Pengarah Penjara.
"Bunyinya begini, perhubungan antara banduan dengan saudara-mara dan rakan-rakan mereka hendaklah dibenarkan mengikut bahagian ini.
"Ia juga tertakluk kepada apa-apa sekatan yang perlu bagi mengekalkan tatatertib dan ketenteraman dalam penjara dan pencegahan jenayah serta tiada seorang lain pun boleh dibenarkan berhubung dengan seorang banduan, kecuali dengan kebenaran khas," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen pada Rabu.
Sebelum ini, media melaporkan Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO mendedahkan beliau telah bertemu dengan bekas Perdana Menteri itu di Penjara Kajang.
Jelas Ahmad Zahid dalam lawatan selama satu jam 30 minit itu, beliau turut berkesempatan bersarapan makanan kegemaran Najib.
Mengenai kebenaran membawa makanan, Saifuddin berkata perkara itu mematuhi Bahagian 10, Peraturan 99.
Selain itu, beliau turut menafikan dakwaan bahawa Ahmad Zahid membawa peralatan elektronik ketika pertemuan bersama Najib.
"Saya bercakap sendiri dengan Ketua Pengarah Penjara, yang menyebut bahawa dia bawa (bawa peralatan elekttronik), itu tak betul.
"Siapa pun masuk dia kena ada pemeriksaan macam biasa tak kira pangkat," ujarnya lagi.
Ditanya mengenai tempoh masa lawatan yang hanya dihadkan selama 45 minit, Saifuddin berkata ia bergantung kepada pertimbangan pegawai penjara yang bertugas ketika itu.
"Pegawai penjara adalah pihak yang mempunyai autoriti untuk membuat keputusan pada momen itu.
"Seperti saya sebut tadi Peraturan 86 dan 99, dari hal izin melawat dan juga makanan, begitu jugalah tempoh masa iaitu pegawai yang menyelia pada ketika itu, yang akan membuat pertimbangan berapa lama (masa pertemuan).
"Saya pun dulu pernah melawat Datuk Seri Anwar di Penjara Sungai Buloh, dan kadang-kadang saya dapat 15 minit, kadang-kadang saya dapat 30 minit. Jarang sangat saya dapat 45 minit, dan ia bergantung kepada budi bicara pegawai masa itu," ujarnya.
Hasimi Muhamad
Wed Jun 14 2023
Saifuddin berkata, kebenaran khas itu diberikan mengikut Bahagian 10, Peraturan 86, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 - Foto/fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Istana Pahang tidak beri kenyataan isu Titah Adendum
Istana Pahang tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu Titah Addendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang dikemukakan oleh Datuk Seri Mohammad Najib Tun Abdul Razak di Mahkamah Tinggi.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Kenapa sembunyi titah adendum Najib? - Muhammad Shafee
Peguam Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan kenapa titah adendum terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disembunyikan.
1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.
Keputusan permohonan Tommy Thomas supaya Hakim Roz Mawar tarik diri 14 Jan
Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Jan 2025 untuk keputusan permohonan Tommy Thomas agar Hakim Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar kes saman terhadapnya.
Titah adendum: Anak Najib persoal mengapa perlu sembunyi kebenaran
Anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd Nazifuddin Najib mempersoal mengapa perlu menyembunyikan kebenaran berkaitan titah adendum.
Saya sentiasa telus, tiada apa yang hendak disembunyikan mengenai derma Arab Saudi - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau telus dan tidak ada apa-apa untuk disembunyikan mengenai derma Arab Saudi.