KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap Majlis Belia Malaysia (MBM) akan terus menjadi ejen perpaduan dalam membentuk pemikiran belia dan membantu kerajaan untuk mencapai lebih banyak kejayaan.
Beliau berkata usia MBM yang kini telah mencecah 75 tahun sejak ditubuhkan menonjolkan kematangan dan pengalaman majlis itu, yang seharusnya dijadikan pedoman buat ia merangka Visi MBM 2048 yang lebih inklusif dan holistik.
"Semoga MBM dapat terus menjadi kilang melahirkan pemimpin negara, menongkah segala cabaran dengan kebersamaan, kecekalan dan kebijaksanaan serta kekallah menjadi sebuah majlis yang relevan dan berpengaruh dalam mengangkat suara belia," katanya dalam hantaran yang dikongsi menerusi laman X.
Beliau turut menasihati barisan kepimpinan MBM yang diketuai presidennya Izzat Afifi Abdul Hamid bahawa pendekatan dan cabaran yang dihadapi kini berubah-ubah mengikut peredaran zaman.
"Di atas bahu kalian (ialah) amanah untuk mencipta agenda yang jelas dan sesuai dengan kehendak generasi masa kini," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut memaklumkan beliau tidak dapat hadir pada Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MBM kali ke-72 hari ini, justeru, ucapan perasmian penutup dibacakan oleh Setiausaha Politiknya Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin.
"Meskipun tidak dapat turut serta disebabkan perubahan jadual kerja, perjalanan mesyuarat ini tetap saya amati kerana tersandar setinggi harapan kepada MBM untuk terus memikul amanah memimpin hala tuju belia ke arah pembinaan generasi MADANI yang unggul," kata Ahmad Zahid.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 25 2024
Ahmad Zahid berkata usia MBM yang kini telah mencecah 75 tahun menonjolkan kematangan dan pengalaman majlis itu. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Zahid Hamidi harap MBM terus jadi ejen perpaduan, bentuk pemikiran belia
Ahmad Zahid berharap MBM akan terus menjadi ejen perpaduan dalam membentuk pemikiran belia dan membantu kerajaan untuk mencapai kejayaan.
Dewan Rakyat: Manfaat kecanggihan teknologi, tunjuk keprihatinan tangani isu belia
Jelasnya, belia sememangnya sudah jemu dan muak dengan drama politik yang tidak membina dan tidak memperkasa anak muda.
KBS, MBM gerakkan sukarelawan belia pantau, lapor kenaikan harga barangan
Bahagian Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara bersama MBM akan mengaktifkan sukarelawan belia di seluruh negara.
PM umum peruntukan RM500,000 bagi Majlis Belia Malaysia
Ismail Sabri berkata, beliau memahami keperluan peruntukan bagi mengerakkan pertubuhan belia di negara ini.
Kabinet perlu penambahbaikan untuk berfungsi lebih efektif - MBM
Beberapa penambahbaikan dalam senarai Kabinet termasuk menggantikan menteri yang tidak mencapai prestasi sepatutnya.
Pembangunan pemimpin generasi baharu perlu berteraskan Rukun Negara, pembersihan rasuah - MBM
Idea pembangunan pemimpin baharu menggunakan paradigma kepimpinan theokratik sukar dilaksana kerana lebih tertumpu kepada pemimpin Islam.
Beri lebih ruang anak muda dalam Dewan Rakyat, Dewan Negara - MBM
Jufitri Joha berkata langkah itu adalah tindakan realistik selaras dengan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Ahad.
MBM harap PM baharu dan Kabinet tumpu agenda pemulihan negara
Ini termasuk menstabilkan politik tanah air, menangani pandemik COVID-19, memacu ekonomi negara, membanteras rasuah dan menyatupadukan rakyat berbilang kaum serta pelbagai ideologi politik.
PM yakin MBM akan terus bekerjasama dengan kerajaan
Ia penting bagi memastikan suara generasi muda didengari serta diberi perhatian sewajarnya oleh pihak-pihak yang berkenaan.
KPT perlu pertimbang 3 asas kemasukan pelajar ke IPT - MBM
Pelajar yang fokus kepada akademik tidak semestinya boleh bercakap di hadapan khalayak ramai dan berkomunikasi secara berkesan.