SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengan wakil Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) di rumahnya di Seri Satria, Putrajaya sebelum membuat keputusan menyambung kontrak Visa Luar Negara (VLN) syarikat itu selama tiga tahun lagi.
Bekas Setiausaha Bahagian (SUB) Hal Ehwal Imigresen, Kementerian Dalam Negeri Datuk Shahril Ismail berkata bekas timbalan perdana menteri itu turut menolak syor daripada bahagiannya untuk membawa perkara itu ke Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).
"Pada 15 Jun 2017, saya telah menerima panggilan daripada Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani (pengarah UKSB) dan beliau memberitahu bahawa Datuk Seri Zahid (Ahmad Zahid) telah bersetuju untuk melanjutkan kontrak UKSB selama tiga tahun dan meminta saya untuk membawa minit ceraian tersebut ke rumah Datuk Seri Zahid di Seri Satria di Putrajaya untuk kelulusan menteri tersebut.
"Sampai di rumah Datuk Seri Zahid, Wan Quoris Shah sedang menunggu saya dan menyatakan perlu menunggu 'green light dahulu' berikutan wakil syarikatnya sedang berjumpa dengan Datuk Seri Zahid.
"Kemudian beliau mengajak saya masuk dan berjumpa Datuk Seri Zahid. Apabila berjumpa dengan Datuk Seri Zahid, saya telah menyerahkan minit ceraian tersebut untuk keputusan dan tandatangan beliau. Saya juga ada memaklumkan syor bahagian saya," katanya dan menjelaskan perjumpaan itu dibuat pada bulan puasa beberapa hari sebelum Hari Raya.
Beliau berkata sedemikian ketika membacakan penyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Zander Lim Wai Keong.
Ketika ditanya TPR Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, sama ada menjadi kebiasaan untuk wakil syarikat berbincang di rumah menteri (Ahmad Zahid) bagi mendapatkan kontrak kerajaan, Shahril berkata ia perkara biasa kerana beliau pernah membawa dokumen ke rumah menteri.
"... tetapi tentang stake holder (wakil syarikat) ini saya rasa ini yang pertama," katanya.
Saksi pendakwaan ke-10 itu berkata pertemuannya bersama bekas menteri dalam negeri dan Wan Quoris Shah di kediaman tertuduh diadakan berikutan pihaknya memaklumkan kepada pengarah UKSB itu bahawa pelanjutan kontrak VLN selama enam tahun itu perlu diproses oleh UKAS dan diluluskan jemaah menteri.
"Wan Quoris Shah kemudian memaklumkan bahawa beliau akan berbincang dengan Datuk Seri Zahid mengenai perkara ini," katanya.
UKSB sebelum telah menerima kontrak membekalkan sistem VLN di China selama enam tahun bermula dari 1 Nov 2013 hingga 31 Okt 2019.
Menurut tatacara pelanjutan kontrak perkhidmatan, mana-mana syarikat yang ingin dilanjutkan kontrak melebihi tujuh tahun perlu mendapatkan kelulusan daripada jemaah menteri melalui UKAS.
Menjawab soalan TPR Datuk Raja Rozela Raja Toran mengenai keperluan untuk membawa minit ceraian ke rumah Ahmad Zahid pada hari tersebut, Syahril berkata ia bagi mendapatkan keputusan secara bertulis daripada menteri itu.
"Sebelum ini kami hanya menerima satu arahan berbentuk lisan daripada Wan Quoris Shah bahawa syarikat itu sudah berbincang dengan menteri (Ahmad Zahid), katanya menteri tidak bersetuju dengan keputusan bahagian kami.
"Jadi untuk sahkan keputusan menteri itu, saya jumpa terus menteri bagi mendapatkan keputusan hitam putih. Keputusan lisan seperti itu (makluman Wan Quoris Shah) kami tidak boleh proses, kami perlu keputusan bertulis atas dokumen rasmi kerajaan barulah kami proses. Keputusan lisan kami anggap tidak sah," katanya.
Rozela: Terima arahan dari Wan Quoris Shah?
Sharil: Ya
Rozela: Wakil syarikat beri arahan kepada pegawai kerajaan?
Sharil: Lebih kepada makluman
Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB, untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung 1 April depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 08 2022
Saksi itu berkata, Ahmad Zahid turut menolak syor daripada bahagiannya untuk membawa perkara itu ke Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS). - Gambar fail/ Bernama
P.Pinang kerjasama dengan Persekutuan teruskan usaha tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Akta baharu berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini sekali gus meningkatkan lagi tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja di seluruh negara, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Pelaburan baharu memberi cabaran baharu kepada Malaysia
Pelaburan baharu yang diterima Malaysia memberi cabaran baharu khususnya dalam memberi fokus dalam bidang teknologi dan juga Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
AWANI Borneo [28/04/2024] – Daftar di Yayasan Sarawak | Kos ganti paip RM9 bilion | Tarikan Kitaro
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 28 April 2024
- Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
- Kebocoran paip penyumbang utama air tidak terhasil
- Kitaro magnet tarik pengunjung RWMF 2024
#AWANInews
#AWANIBorneo 28 April 2024
- Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
- Kebocoran paip penyumbang utama air tidak terhasil
- Kitaro magnet tarik pengunjung RWMF 2024
#AWANInews
Kesatuan Ragbi Malaysia harap individu disyaki pecah amanah didakwa segera
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) berharap individu di sebalik isu pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu didakwa segera.
PM adakan pertemuan dengan Presiden Rwanda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rwanda Paul Kagame di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) pada Ahad.
Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
Rumah terbuka Persatuan Komuniti Bugis Sabah meriah
Keunikan pakaian suku kaum Bugis dan kepelbagaian juadah menjadi tarikan utama rumah terbuka Persatuan Kaum Bugis Sabah.
Perayaan masa terbaik pupuk persaudaraan - Hajiji
Datul Seri Hajiji Noor menyifatkan perayaan yang ada di negara ini sebagai medan terbaik memupuk tali persaudaraan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.
Konsert jelajah terakhir Kitaro bakal tarik ramai pengunjung
Konsert jelajah Kitaro di Rainforest World Music Festival 2024 bakal jadi yang terakhir buat Kitaro yang memasuki usia 71 tahun, Februari lalu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
UMNO dan BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini, wadah junjung prinsip parti - Ahmad Zahid
Persidangan cawangan UMNO yang bermula hari ini perlu djadikan wadah menyuntik nilai kebersamaan dan menjunjung prinsip kesetiaan terhadap perjuangan parti.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
PRK Kuala Kubu Baharu: 'UMNO sokong siapa saja calon Kerajaan Perpaduan' - Zahid Hamidi
UMNO menyokong mana-mana calon yang akan diputuskan untuk mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.