Presiden UMNO itu berkata keputusan itu diperoleh selepas melakukan ujian saringan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, semalam.
“Alhamdulillah, pagi ini saya menerima perkhabaran menggembirakan apabila keputusan swab test yang dijalankan adalah negatif.
“Pagi ini tepat jam 7.44 pagi, doktor telah menghubungi isteri saya memaklumkan perkhabaran ini,” katanya menerusi catatan di akaun Facebooknya, pagi ini.
Ahmad Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Avisena, Shah Alam, beliau melakukan kuarantin daripada isteri, anak-anak dan cucu dengan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP).
"Saya mendoakan anda semua menjaga kesihatan dan memutuskan rangkaian penularan wabak COVID-19," katanya lagi.
Pertemuan yang berlangsung di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn beberapa hari lepas, telah dihadiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Semalam media melaporkan Tajuddin, yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, telah disahkan positif COVID-19, selepas turut serta dalam sidang media yang diadakan oleh Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Rentetan daripada sidang media berkenaan, tiga individu telah disahkan positif COVID-19, iaitu Tajuddin, Mohamed Nazri serta blogger UMNO Datuk Zaharin Mohd Yasin.
Bagaimanapun tidak diketahui sama ada Najib turut menjalani ujian saringan COVID-19.
BACA: Nazri Aziz sah positif COVID-19: 'Saya okey, seronok duduk di hospital ni'
BACA: Tajuddin Abdul Rahman positif COVID-19