awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid kunjungi keluarga angkat sempena Tahun Baharu Cina

Bernama
Bernama
11/02/2024
10:00 MYT
Zahid kunjungi keluarga angkat sempena Tahun Baharu Cina
Ahmad Zahid menggaul Yee Sang bersama keluarga angkatnya pada Majlis Kunjungan Kasih Tahun Baharu Cina di Taman Desa Bersatu Simpang Empat, Hutan Melintang, hari ini. - Foto Bernama
BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengunjungi keluarga angkatnya yang berbangsa Cina di Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang dekat sini.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu disambut ahli keluarga angkatnya, Beh Song Wan, 61, dan isterinya Tian Mee Ping, 55, serta dua anak mereka.
"Setiap tahun tanpa gagal saya akan ke rumah Bujang (Song Wan) ini, walaupun setahun sudah ibu beliau meninggal dunia, saya tetap datang sebagai menghormati beliau," katanya kepada pemberita ketika Kunjungan Kasih Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata, esok genap setahun ibu Song Wan yang juga ibu angkatnya, Cheah Seoh Lian meninggal dunia.
Seoh Lian meninggal dunia pada 12 Februari tahun lepas dalam usia 83 tahun ketika tidur di kediaman yang sama.
Ahmad Zahid berkata, hubungan beliau dengan mendiang serta enam anaknya amat rapat, malah mereka dianggap seperti keluarga sendiri sejak puluhan tahun yang lalu.
Terdahulu Ahmad Zahid menjamu selera bersama keluarga Song Wan serta empat adik-beradiknya termasuk menikmati Yee Sang yang diperbuat daripada bahan-bahan membuat pecal.
Beliau turut disambut dengan tarian singa dan sempat beramah mesra bersama tetamu kira-kira sejam sebelum meninggalkan majlis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#keluarga angkat
#Tahun Baharu Cina
#Bagan Datuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan