Semua parti komponen Barisan Nasional (BN), khususnya yang kehilangan kerusi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, perlu membuktikan mereka masih layak untuk terus bertanding kerusi yang diperuntukkan.
Untuk itu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti komponen perlu memastikan peluang untuk menang di kerusi terbabit berada dalam tangan, melalui kerja keras hasil kerjasama semua jentera BN.
"Contohnya dalam (kawasan) Parlimen Alor Setar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Darulaman, kita kongsi kuasa dengan MCA...
"Walaupun kita tahu lebih 80 peratus pengundi di kawasan Parlimen Alor Setar itu Melayu, tapi untuk menghormati parti komponen, kita bagi kerusi itu pada MCA dan parti lain.
"...kerana, tujuannya, secara konvensyen, ada kawasan ditandingi UMNO kita perlukan undi daripada pengundi Cina dan India," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar di Dewan Insaniah dekat sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selaku Ketua UMNO Bahagian Alor Setar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, apa yang berlaku di Alor Setar adalah contoh perkongsian kuasa yang menjadi amalan dalam BN, di mana parti komponen membantu antara satu sama lain bagi memastikan sasaran tercapai.
Katanya, UMNO sama sekali tidak akan membiarkan rakan dalam komponen BN terkapai-kapai dalam memantapkan jentera PRU dan meraih sokongan.
Namun, tambahnya, mereka perlu terlebih dahulu membantu diri sendiri supaya kemenangan berpihak kepada BN.
"Kita tahu ada parti yang kita bantu dalam BN, kita tahu mereka ada masalah dalaman, ketika UMNO lemah kawan dalam BN bantu kita kerana mereka merupakan akar tunjang yang menghidupkan pokok BN.
"Ketika ini Insya-Allah UMNO berada dalam keadaan kukuh, oleh sebab itu UMNO juga wajib membantu mereka supaya mereka boleh kukuh di dalam pokok rimbun," katanya.
Ahmad Zahid turut meminta anggota dan pemimpin UMNO agar menerapkan unsur taat setia pada pemimpin, selain secara berseloroh menasihati Ahmad Bashah untuk tidak sama sekali "menggigit tangan yang memberi makanan".
"Selagi saya diberi kepercayaan bantu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), saya akan terjemahkan wala dan taat setia untuk beliau... ada cengkadak kata saya rancang jatuhkan Perdana Menteri.. cengkadak itu salah perhitungan, sebab waktu dia jadi ketua, siapa jadi orang nombor dua mesti ada masalah," katanya.
Sementara itu, dalam konteks Kedah, beliau memberi jaminan akan cuba sedaya upaya memberikan apa yang diperlukan negeri itu serta berjanji akan cuba "membisikkannya" kepada perdana menteri jika beliau tidak mampu menunaikan permintaan Kedah.
"Saya akan pastikan perdana menteri bagi peruntukan lebih untuk Kedah… Kedah ini untung sebab menteri besarnya mempunyai hubungan yang begitu baik dengan perdana menteri," katanya.
Beliau turut memuji Ahmad Bashah sebagai seorang yang sangat berdaya tahan dan berdaya saing dalam menghadapi pelbagai senario dalam dunia politik sehingga membolehkannya dipilih pucuk pimpinan menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
"Tidak ada dalam sejarah seorang menteri besar tidak duduk di negeri itu kecuali ada seorang (Mukhriz) itu sahaja… itupun rakyat Kedah boleh bertoleransi… itu sebabnya pucuk pimpinan memilih Ahmad Bashah,” katanya.
Ahmad Zahid turut menzahirkan penghargaan terhadap Ahmad Bashah atas pendirian UMNO Kedah yang mahu status quo jawatan tertinggi parti itu dikekalkan dalam pemilihan akan datang.
Astro Awani
Sat Aug 05 2017
Ahmad Zahid berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar di Dewan Insaniah, Alor Setar, hari ini. --fotoBERNAMA
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah menang selesa Ketua Bahagian Alor Setar
Kemunculan semula Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ke pentas politik diterima baik apabila menang sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar dalam pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.
Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia
Syed Razak meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.
Bukan mahu jadi calon PRN, hanya bantu kukuhkan parti - Ahmad Bashah
Beliau berkata, kemunculan semula bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar adalah untuk membantu mengukuhkan UMNO, bukannya merebut jawatan dengan sesiapa.
Banjir Baling: Bekas MB Kedah akui beri kelulusan ladang durian musang king
Ahmad Bashah menegaskan kelulusan itu bukan bertujuan untuk pembalakan yang baharu kerana aktiviti pembalakan sudah pun berlaku.
Contohi semangat juang Pas - Ahmad Bashah
Ahmad Bashah berkata, sebagai parti pembangkang, UMNO harus segera belajar menjadi pembangkang yang berkesan dengan menjadikan Pas sebagai contoh terbaik.
Mukhriz setuju sandang jawatan Presiden KFA
Keputusan dibuat selepas mengambil kira permintaan, reaksi dan maklum balas penyokong Lang Merah yang dibuat menerusi kaji selidik dalam laman sosial sebelum ini.
10 ADUN Kedah dijangka angkat sumpah jawatan Exco Selasa ini
Mukhriz berkata sebelum istiadat angkat sumpah jawatan berkenaan, setiap anggota akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat perkenan baginda.
Setiausaha Kehormat KFA letak jawatan
Aminuddin berkata, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu dalam sehari dua ini kepada pihak pengurusan KFA bagi membolehkan pemilihan baharu bagi jawatan itu dibuat.
Jangan terpengaruh dakwaan pembangkang dakwat mudah ditanggalkan
Suruhanjaya Pilihan Raya telah membuat kajian sebelum menggunakan dakwat tersebut bagi memastikan proses pengundian dijalankan secara telus.
Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah
Watikah pemasyhuran itu dibacakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.