KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa memaklumkan, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah memintanya menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Beliau mengulas laporan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang sebelum ini mendakwa wujud SD dalam kalangan ahli Parlimen UMNO yang menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.
“Ahmad Zahid tidak pernah suruh saya (tandatangan SD),” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 di Angkasapuri hari ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu juga berpendapat, pucuk pimpinan parti perlu mencari jalan bagi mengharmonikan keadaan susulan pendedahan yang dibuat itu.
“Kalau masing-masing menyerang antara satu sama lain, saya rasa mungkin ada baiknya kita tumpu kepada solidariti dan memberi perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.
Dalam pada itu, Annuar juga memberitahu Kabinet masih belum membincangkan berkenaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atau tarikhnya.
Beliau juga menafikan laporan bahawa kebanyakan menteri dan timbalan menteri menyokong untuk mengadakan PRU15 menjelang Oktober.
“Sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, saya boleh katakan laporan itu adalah palsu.
“Perdana Menteri dan jemaah menteri bertemu setiap minggu dan tidak pernah ada sebarang perbincangan mengenai PRU15," jelasnya.
Madiha Abdullah
Fri Jul 01 2022

Annuar juga berkata, Kabinet masih belum membincangkan berkenaan PRU akan datang atau tarikhnya. - Gambar fail/BERNAMA

Ringgit ditutup tinggi bagi hari keempat hari berturut-turut
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4435/4455 berbanding dolar AS daripada 4.4445/4460 semasa penutupan pada Khamis.

Meniti Titian Hidup | Impak kenaikan kos sara hidup
Bagi mengulas lanjut kita bersama Penganalisis Ekonomi, Prof Madya Dr Yusof Saari bagi perinciannya.

Kes saman RM1.9 juta: Najib bantah dua peguam wakili Tommy Thomas
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membantah pelantikan dua peguam untuk mewakili Tan Sri Tommy Thomas dalam kes saman RM1.9 juta yang difailkan beliau terhadap bekas Peguam Negara itu.

PuriCare | LG lancarkan Penulen air Tanpa Tangki Layan Diri
Syarikat pengeluar perkakasan elektronik terkemuka di Malaysia, LG Electronics Malaysia (LG) melancarkan produk terbaharunya Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare bagi memantapkan barisan produk jenama LG PuriCare di pasaran. Berkonsepkan servis layan diri secara menyeluruh, Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare dilengkapi fungsi sterilisasi automatik, pengganti penapis mudah, langganan penapis dan Sistem Penapis Puri 4 Peringkat.

Rayuan kes SRC: Firma guaman nafi tarik diri wakili Najib
Firma guaman yang baharu dilantik untuk mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan terakhir kes SRC International Sdn Bhd menafikan dakwaan bahawa ia akan menarik diri.

Penuhi Permintaan | Rantau awan pertama Google Cloud ke Malaysia
Google Cloud akan membawa rantau awan pertamanya ke Malaysia bagi penuhi permintaan perkhidmatan itu yang semakin meningkat dalam negara dan seluruh dunia. Ia membantu usahawan dan organisasi tempatan mempercepatkan transformasi digital serta mencipta kelebihan daya saing baharu, selain menyokong rancangan pembangunan ekonomi negara seterusnya.

Siasatan projek LCS | Luluh hati selepas bentangkan laporan PAC
"Hati saya luluh," demikian jawapan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh berhubung projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) ketika ditanya mengenai perasaannya selepas membentangkan laporan itu.

Ekonomi Malaysia | Dijangka kekal kukuh pada suku ketiga - Tengku Zafrul
Kementerian Kewangan (MOF) menjangkakan momentum perkembangan ekonomi negara akan terus kukuh pada suku ketiga tahun ini. Ia didorong oleh prestasi yang menggalakkan dalam perdagangan luar dan sektor pelancongan yang memberansangkan.

Barang Mahal | Bagaimana B40 menyesuaikan diri?
B40 merupakan golongan yang paling terkesan dengan kenaikan harga barang. Semalam, Penyampai Astro AWANI, Luqman Hariz ada meluangkan masa mengunjungi beberapa individu yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan flat kos rendah di Kuala Lumpur. Tanyanya, bagaimana mereka menyesuaikan kehidupan dengan keadaan yang semakin sukar serta cabaran ekonomi sejak beberapa bulan lalu.

'Bumbung, palang melayang masuk rumah' - Johor Jaya dilanda ribut, banjir kilat
Ribut, hujan lebat beserta angin kencang lebih 30 minit menyebabkan enam bumbung Rumah Pangsa Ros Merah di Johor Jaya, tercabut diterbangkan angin petang tadi.

Bangunan awam, sekolah yang lama perlu diselenggara - Annuar
Kerja penyelenggaraan adalah di bawah tanggungjawab JKR yang boleh dijalankan menerusi pemeriksaan dan pengesahan.

Premis perniagaan milik kerajaan perlu turunkan 10 hingga 20 peratus kadar sewa - Annuar Musa
Semua premis perniagaan di bawah bidang kuasa kementerian dan agensi kerajaan perlu menurunkan kadar sewa antara 10 hingga 20 peratus bermula bulan depan.

Bekalan ayam: Jabatan Veterinar diberi seminggu kemuka cadangan pengurusan data - Annuar
Jabatan Perkhidmatan Veterinar diberikan masa seminggu untuk mencadangkan kepada Jawatankuasa Khas Jihad Tangani Inflasi mengenai corak pengurusan data pengeluaran dan import ayam.

Tahap pematuhan had harga minyak masak hampir seratus peratus - Annuar
Annuar yang juga Menteri Komunikasi Dan Multimedia berkata, ada peniaga yang sanggup menurunkan harga lebih rendah daripada harga kawalan.

Belum ada keputusan ubah peraturan sekat eksport ayam - Annuar
Kerajaan belum membuat keputusan untuk mengubah sebarang peraturan berkenaan sekatan eksport ayam yang diumumkan pada 1 Jun lepas.

Masih banyak perlu dilakukan bantu Keluarga Malaysia - Annuar
Annuar berkata kerajaan komited dan fokus untuk bekerja keras menjayakan agenda membantu Keluarga Malaysia, terutamanya ketika berhadapan krisis kenaikan harga barang ketika ini.

Elak sorok, catut minyak masak - Annuar Musa
Perkara itu pada akhirnya akan merugikan peniaga dan peruncit selain mendatangkan masalah kepada pengguna.

Guna koperasi perangi orang tengah cuba ambil untung lebih - Annuar
Kaedah menggunakan gerakan koperasi antara langkah boleh diambil kerajaan dalam usaha memerangi 'orang tengah, kata Annuar Musa.

Program Jualan Murah Keluarga Malaysia mulai 19 Ogos - Annuar
Beberapa barangan telahpun dikenal pasti oleh Suruhanjaya Koperasi dalam pembentangan mereka termasuklah ayam, minyak, gula.

Belum ada bukti minyak masak peket terapung di perairan Indonesia dibawa dari Malaysia - Annuar
Sebelum ini, tular penemuan ribuan peket minyak masak dipercayai bersubsidi dari Malaysia berhampiran Pulau Jawa, Indonesia.