KUALA LUMPUR:Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin hari ini telah disahkan positif COVID-19.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, Ahli Parlimen Padang Besar itu telah menjalani ujian saringan sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada 11 Januari lepas.
“Beliau telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor, untuk menjalani rawatan lanjut mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Terdahulu pada 25 Disember tahun lepas, beliau telah menjalani ujian saringan COVID-19, dan keputusannya ialah negatif,” menurut kenyataan itu lagi.
Zahidi, yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, kini berada dalam keadaan stabil, dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba semalam berkata, pesakit COVID-19 tahap satu dan dua atau tidak bergejala, menjalani rawatan serta kuarantin di rumah, dengan pemantauan ketat oleh petugas kesihatan.
BACA: Hamzah Zainudin positif COVID-19
BACA: Rina Harun positif COVID-19
BACA: Mustapa Mohamed positif COVID-19
BACA: Semua menteri Kabinet jalani ujian saringan COVID-19, tiga positif
Ujarnya lagi, pasukan khas telah diwujudkan di peringkat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis, CPRC, peringkat negeri dan daerah bagi memantau pesakit yang dirawat di rumah.
Bagaimanapun, pesakit yang bergejala akan dirawat di hospital serta menjalani proses pemantauan seperti biasa.
Sebelum ini tiga Menteri dilaporkan positif COVID-19, iaitu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Firdaus Azil
Wed Jan 13 2021

Ahli Parlimen Padang Besar itu telah menjalani ujian saringan sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada 11 Januari lepas. - Gambar fail

Banjir Sabah: Kerajaan sedang kenal pasti kerosakan infrastruktur akibat banjir - Jahid
Kerajaan negeri sedang mengenal pasti kerosakan infrasturktur di pedalaman Sabah yang terjejas akibat bencana banjir.

Hari kesembilan kuarantin COVID-19, Emma Maembong masih tiada deria rasa dan bau
Umum mengetahui, pelakon terkenal, Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar disahkan positif COVID-19 dan sedang menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka.

Mangsa keganasan rumah tangga? WAO syor supaya hubungi nombor ini...
Sesiapa yang mengalami keganasan rumah tangga boleh mendapatkan perlindungan dan sokongan.

Banjir Sabah: PPS di Penampang dan Putatan ditutup, Kota Belud pula dibuka
Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Penampang dan Putatan ditutup selepas banjir dilaporkan surut sepenuhnya di dua daerah berkenaan.

Guna logo Warisan atau Amanah mungkin pilihan terakhir Pejuang - Mahfuz
Parti yang dipimpin bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu akan melakukan rayuan terhadap permohonan berkenaan.
![[INFOGRAFIK] Statistik Projek Perumahan Terbengkalai (Tahun semasa - 31 Disember 2020) [INFOGRAFIK] Statistik Projek Perumahan Terbengkalai (Tahun semasa - 31 Disember 2020)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/14654193011611037654015/1886235_8967789641611037810454_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Statistik Projek Perumahan Terbengkalai (Tahun semasa - 31 Disember 2020)
![[INFOGRAFIK] Kluster Baharu (18 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster Baharu (18 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/16475567991611037654020/1886234_8967789641611037761996_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster Baharu (18 Januari 2021)

Moratorium | Ada implikasi jika moratorium secara automatik
Ada implikasi yang melanda institusi bank dan pelanggan sendiri jika moratorium diberikan secara automatik ketika ini. Menurut Penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS) Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff adalah lebih baik moratorium diberi secara bersasar di mana ketika ini hampir 95 peratus yang memohon moratorium mendapat kelulusan dari bank.

Hukuman lebih berat terhadap LGBT sedang dipinda - Ahmad Marzuk
Setakat hari ini hukuman yang ada menggunakan enakmen sedia ada.

Halang tugas dan ugut polis, 7 direman
Tujuh lelaki yang menghalang penjawat awam bertugas semasa kejadian kemalangan dua remaja di Tanjung Tokong pada Ahad direman.

Zahidi Zainul Abidin sah positif COVID-19, jalani rawatan di Hospital Sungai Buloh
Ahli Parlimen Padang Besar itu telah menjalani ujian saringan sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada 11 Januari lepas.

Mesyuarat MKT UMNO setuju Saarani calon MB Perak
Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin, berkata ia diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat malam ini.

Keselamatan siber ditingkatkan secara berfasa elak penggodam, penipu curi data
Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang berusaha meningkatkan keselamatan siber secara berfasa untuk membendung kegiatan penggodam, penipu dan pencuri data peribadi.

Pawagam pandu lalu digalakkan - Zahidi
Konsep pawagam seperti itu boleh dijadikan sebagai satu platform alternatif untuk menonton filem di layar besar secara berkumpulan sambil mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Saya mohon maaf atas kekeliruan isu Veveonah - Zahidi
Zahidi tidak perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara.

Platform e-dagang: KKMM belum bincang kenakan caj perkhidmatan 20 sen
Kenyataan yang dikeluarkan KKMM itu sebagai reaksi kepada kenyataan awal yang dikeluarkan Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin di Kelantan semalam.

'Veveonah tidak menipu, dia memang ambil peperiksaan dalam talian' - Masidi
Pengerusi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Seri Masidi Manjun mengesahkan Veveonah Mosibin tidak menipu dan sememangnya mengambil peperiksaan akhir secara dalam talian.

'Cuba kau masuk kampung pedalaman' - Abang Veveonah cabar dua Timbalan Menteri
Mekvin Mosibin mahu Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Datuk Abdul Rahim Bakri turun sendiri ke perkampungan untuk melihat realiti sebenar kehidupan penduduk di sana.

PRN Sabah: Anak muda Sabah seperti Veveonah adalah 'kingmaker'
Pengundi antara 21 hingga 40 tahun paling agresif, sukar dijangkakan, mudah bertukar pendirian, beremosi serta berani mengambil risiko.

Dakwa Veveonah menipu, Zahidi sudah minta maaf - Saifuddin
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah menganggap kenyataan Timbalannya Datuk Zahidi Zainul Abidin berhubung pelajar Sabah Veveonah Mosibin adalah satu kesilapan.