awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rina Harun positif COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
11/01/2021
03:30 MYT
Rina Harun positif COVID-19
Rina menjalani ujian saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Putrajaya pada pagi semalam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, disahkan positif COVID-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan malam tadi.
Beliau menjalani ujian saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Putrajaya pada pagi semalam.
"YB Datuk Seri Rina telah dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh pada jam 11.00 pagi hari ini untuk pihak hospital menjalankan pemantauan lanjut dan akan mematuhi segala garis panduan berkaitan jangkitan COVID-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu hari ini.
Sehubungan itu, Rina yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa memohon maaf atas kesulitan yang berlaku susulan perkembangan terbaharu berhubung jangkitan COVID-19 kepadanya.
"Beliau juga akan pastikan, semasa ketiadaan beliau, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan meneruskan kerja-kerja kebajikan, pembelaan, pemerkasaan dan pembangunan untuk kumpulan sasar dan segala urusan pengoperasian Kementerian akan tetap berjalan seperti biasa," menurut kenyataan itu lagi.
BACA: Mustapa Mohamed positif COVID-19
Semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed turut disahkan positif COVID-19.
Topic Berkaitan
#KKM
#Putrajaya
#Kementerian Kesihatan
#Hospital Sungai Buloh
#Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
#Rina Mohd Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan