awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahrain terima watikah pelantikan Duta Besar M'sia ke Indonesia

Bernama
Bernama
03/10/2013
00:08 MYT
Zahrain terima watikah pelantikan Duta Besar M'sia ke Indonesia
Bekas anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menerima watikah tauliah pelantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baharu.
Turut menerima watikah pelantikan ialah Datuk Naimun Ashakli Mohammad yang dilantik sebagai Duta Malaysia ke India.
Menurut kenyataan Wisma Putra, watikah pelantikan itu telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Rabu pagi.
Zahrain merupakan Pengerusi Hongkew Holdings Sdn Bhd dan juga penaung kepada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan seperti Pertubuhan Pembangunan Kaum India Pulau Pinang, Pertubuhan Pembangunan dan Kebajikan Rakyat Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Sahabat Islam.
Naimun Ashakli pula merupakan pegawai kanan Kementerian Luar, berkhidmat sejak 1981 dan kini bertindak sebagai Ketua Protokol di kementerian itu.
Beliau berpengalaman menyandang beberapa jawatan penting, antaranya sebagai Duta Besar Malaysia ke Bahrain dari 2003 hingga 2007, disusuli Sepanyol sehingga 2011, selain pernah berkhidmat sebagai perwakilan Malaysia di New Zealand, Zimbabwe dan Afrika Selatan.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim
#Duta Besar Malaysia ke Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan