awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zainal Rahim dilantik Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara

Bernama
Bernama
18/05/2024
04:15 MYT
Zainal Rahim dilantik Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara
Zainal Rahim dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) bagi tempoh 1 Mei 2024 sehingga 30 Sept 2026. - Gambnar fail Bernama
PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) bagi tempoh 1 Mei 2024 sehingga 30 Sept 2026.
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam kenyataan memaklumkan, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong menyerahkan surat pelantikan yang dibuat berdasarkan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] di pejabatnya, di sini, hari ini.
Menurut kenyataan itu, Zainal Rahim pernah memegang jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan pernah menjadi Ketua Ketiausaha (KSU) KESUMA bagi tempoh 2012 hingga 2014.
"Semasa bertugas sebagai KSU KESUMA, beliau merupakan tulang belakang di sebalik pengenalan penetapan gaji minimum di negara ini.
"Pengalaman, pengetahuan dan kepakaran beliau berkenaan ekosistem pasaran buruh khususnya melibatkan dasar gaji mampu memberi nilai tambah kepada MPGN," menurut kenyataan itu.
MPGN berfungsi dalam membincangkan isu-isu berkenaan gaji melalui perundingan yang berteraskan konsep tripartite dengan penglibatan aktif wakil kerajaan, pekerja dan majikan. , KESUMA memaklumkan pada masa kini, Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara telah selesai menjalankan kajian semula Perintah Gaji Minimum 2022.
"Kajian ini akan dibincangkan dan akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat MPGN yang akan datang.
"Pelantikan ini diharap dapat memperkasakan MPGN dalam melaksanakan fungsinya dengan lebih berkesan," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zainal Rahim Seman
#Pengerusi MPGN
#Majlis Perundingan Gaji Negara
#Kementerian Sumber Manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan