awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zaliha betulkan istilah 'longkang otak'

Bernama
Bernama
03/07/2024
22:15 MYT
Zaliha betulkan istilah 'longkang otak'
Dr Zaliha pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, 3 Julai 2024. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa pada Rabu memperbetul istilah brain drain yang digunakan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) dalam soalannya di Dewan Rakyat.
Beliau berkata, istilah brain drain yang diterjemahkan Oscar sebagai 'longkang otak' adalah tidak tepat.
"Sebelum saya meneruskan jawapan, saya ingin memperbetul sedikit yang digunakan oleh Yang Berhormat Sibu. Dalam soalan ini ada perkataan yang dikata brain drain itu sebagai 'longkang otak'.
"Itu definisi yang terlalu literal. Sebenarnya istilah yang telah diperkenalkan Dewan Bahasa dan Pustaka adalah 'hijrah cendekiawan' walaupun ada yang sebut penghijrahan bakat tapi itu tak tepat," katanya.
Beliau berkata demikian sebelum menjawab soalan Oscar yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan mengenai usaha mengatasi masalah 'longkang otak' (brain drain) pada sesi soal jawab lisan semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#brain drain
#longkang otak
#Dr Zaliha Mustafa
#Oscar Ling Chai Yew
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan