Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan menjelaskan kenyataannya mengenai seorang bekas banduan dan ketua kongsi gelap, yang turut terbabit dalam politik, merujuk kepada kes di masa lalu.

Beliau berkata perkara itu berlaku semasa beliau masih berkhidmat dalam pasukan polis.

Katanya lelaki yang diperkatakan itu telah ditahan di Thailand, didakwa di Malaysia, telah dijatuhi hukuman penjara dan telah selesai menjalani hukuman penjara.

"Saya sebenarnya merujuk kepada satu kes yang berlaku di masa lalu, bukan pada masa sekarang," katanya Khamis.

Satu laporan berita semalam telah memetik beliau sebagai berkata individu yang diperkatakan itu kini seorang pemimpin berpangkat rendah dalam sebuah parti politik di Pulau Pinang.