awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zamani buat laporan polis berhubung kehilangannya - Polis

Bernama
Bernama
17/10/2015
13:37 MYT
Zamani buat laporan polis berhubung kehilangannya - Polis
Bekas penyanyi utama kumpulan Slam itu telah membuat laporan polis di IPD berkenaan kira-kira pada pukul 3.45 pagi semalam. -Gambar fail
Polis Muar mengesahkan penyanyi terkenal Zamani Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Zamani Slam telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini awal pagi semalam berhubung laporan kehilangannya dari Pusat Pengasih di Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob ketika mengesahkan perkara itu berkata bekas penyanyi utama kumpulan Slam itu telah membuat laporan polis di IPD berkenaan kira-kira pada pukul 3.45 pagi semalam.
"Zamani sendiri telah datang membuat laporan polis di IPD Muar pada pukul 3.45 pagi semalam," katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.
Difahamkan Zamani telah menafikan beliau melarikan diri atau diculik dari pusat berkenaan sebaliknya bertindak keluar atas kerelaannya sendiri.
Semalam, akhbar tempatan melaporkan Zamani telah melarikan diri dari Pusat Pengasih di Jalan Syers Off Lebuhraya Mahameru, Kuala Lumpur pada pukul 10.26 malam Khamis lalu dengan menaiki kereta berwarna putih.
Tindakannya itu telah dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) pusat berkenaan dan pengurusan pusat itu membuat laporan polis kerana bimbang Zamani diculik.
Topic Berkaitan
#IPD Muar
#polis muar
#Pusat Pengasih
#slam
#Zamani Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan